Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Kuok Berhad tawar bantuan kewangan kepada pelajar miskin

- Oleh Marlinda Mardzuki

YAYASAN Kuok Berhad telah mengumumka­n tawaran bantuan kewangan tahunan kepada pelajar miskin warganegar­a Malaysia yang sedang memohon atau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di universiti awam Malaysia dan Singapura bagi tahun akademik 2018/19.

Menurut satu kenyatan, sebanyak empat biasiswa ditawarkan untuk pelajar miskin yang sedang memohon atau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di universiti awam Malaysia.

Antaranya ialah Biasiswa Kuok Keng Kang, Biasiswa Kuok Khoon Hong dan Biasiswa Wilmar masing-masing dengan nilai bantuan RM15,000 setahun sementara Biasiswa Goh Ing Sing adalah untuk pelajar di Universiti Putra Malaysia dengan nilai bantuan RM15,000 setahun.

Manakala, tawaran bantuan kewangan tahunan kepada pelajar miskin yang sedang memohon atau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di Universiti Awam Singapura adalah merangkumi Biasiswa Yayasan dan Biasiswa Wilmar.

Biasiswa Yayasan dengan nilai bantuan sebanyak RM85,000 setahun hanya untuk pelajar baharu yang menerima geran yuran Pengajian Kementeria­n Pendidikan Singapura dan Biasiswa Wilmar pula melibatkan nilai bantuan sebanyak RM27,000 setahun.

Calon-calon yang layak tetapi tidak dipilih untuk biasiswa tersebut akan dipertimba­ngkan untuk Bantuan Kewangan Pinjaman-Deramasisw­a Yayasan Kuok.

Bahagian-bahagian pinjaman adalah bebas faedah dan perlu dibayar balik secara ansuran bulanan selepas tamat pengajian.

Nilai Bantuan Kewangan Pinjaman-Dermasiswa Yayasan Kuok untuk pelajar yang melanjutka­n pengajian di universiti awam Malaysia adalah dari RM12,000 ke RM14,000 setahun bergantung kepada kursus pengajian.

Bagi Bantuan Kewangan Pinjaman-Dermasiswa Yayasan Kuok di universiti awam Singapura pula membabitka­n bantuan RM27,000 setahun.

Pemohon boleh memohon secara dalam talian di apply.kuokfounda­tion.org dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Mac depan.

Mengenai Yayasan Kuok Berhad, ia ditubuhkan oleh keluarga Kuok pada tahun 1970 untuk membasmi kemiskinan dan mengurangk­an jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia.

Keluarga Kuok percaya dalam tanggungja­wab sosial untuk berkongsi kekayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Sejak tahun 1970, Yayasan Kuok telah menyediaka­n bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan untuk melanjutka­n pelajaran di universiti awam dan swasta di Malaysia dan universiti awam di Singapura; politeknik awam di Malaysia dan Singapura dan institusi vokasional di Malaysia.

Walaupun pendidikan merupakan fokus utama Yayasan Kuok, pembiayaan juga diberikan untuk aktiviti sosial dan kebajikan yang dilaksanak­an oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi lain yang tidak berasaskan keuntungan.

Derma juga telah diberi untuk membantu mangsa bencana alam seperti kebakaran, banjir, tsunami dan wabak penyakit.

Berkenaan Wilmar Internatio­nal Limited (Wilmar), ia ditubuhkan pada 1991 dengan ibu pejabatnya di Singapura merupakan kumpulan perniagaan tani yang terkemuka di Asia.

Wilmar kini berada dalam kalangan syarikat tersenarai yang terbesar di bursa saham Singapura dari segi permodalan pasaran.

Aktiviti perniagaan Wilmar termasuk penanaman kelapa sawit, penghancur­an biji minyak, penapisan minyak makanan, pengilanga­n dan penapisan gula, lemak khusus, oleokimia, biodiesel, pengeluara­n baja dan pemprosesa­n bijirin.

Ia memiliki lebih dari 500 buah kilang pengeluara­n dan mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan meliputi negara China, India, Indonesia, Vietnam dan 50 lagi buah negara. Wilmar mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 92,000 pekerja pelbagai bangsa.

Produk pertanian yang telah diproses dan bermutu tinggi yang dikeluarka­n oleh Wilmar merupakan pilihan utama industri pengeluara­n makanan dan juga pilihan perniagaan makanan industri dan konsumer.

Produk konsumerny­a yang siap dibungkus mempunyai bahagian pasaran yang terkemuka di pasaran sasarannya.

Melalui model perniagaan­nya yang mementingk­an kelebihan pengskalaa­n, integrasi dan logistikal, Wilmar mempunyai keupayaan untuk mendapatan kelebihan di setiap langkah rantaian nilainya yang seterusnya menghasilk­an kesinergia­n operasi dan kecekapan kos.

Wilmar juga mengamalka­n pertumbuha­n yang mampan dan komited dalam peranannya sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Salah seorang pelajar menerima bantuan kewangan Yayasan Kuok Berhad.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Salah seorang pelajar menerima bantuan kewangan Yayasan Kuok Berhad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia