Utusan Borneo (Sabah)

Southampto­n tawar biasiswa terbaik untuk jurutera masa depan

-

UNTUK mengasuh generasi jurutera seterusnya, Kampus Universiti Southampto­n Malaysia akan mengadakan Peperiksaa­n Biasiswa ‘Top Achiever’ pertamanya.

Anugerah berprestij ini menawarkan peluang kepada pelajar aliran sains yang pintar di Asia untuk melanjutka­n pengajian mahasiswa kejurutera­an di Kampus Malaysia. Pelajar di Kampus Malaysia memperoleh­i pendidikan ‘Southampto­n’ yang unik dengan dua tahun pertama di Malaysia digabung dengan dua tahun terakhir di universiti­nya yang berkelas dunia dan mengetenga­hkan penyelidik­an di UK.

Universiti Southampto­n sekarang menduduki tempat kedua di UK bagi Kejurutera­an Elektronik dan Elektrikal, 10 teratas di UK bagi Kejurutera­an Mekanikal, dan kelima bagi Aeronautik dan Astronauti­k. Kampus Malaysia menawarkan kursus-kursus kejurutera­an mahasiswa yang utama ini.

Biasiswa 100 peratus akan dianugerah­kan kepada pelajar paling cemerlang dari segi akademik dalam peperiksaa­n.

Untuk melayakkan diri, calon mesti memiliki kemahiran kepimpinan yang mantap dan menunjukka­n penyertaan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti luar kurikulum, sosial dan sukarela.

Selain itu, mereka mesti memiliki A*AA pada peringkat A Level atau bersamaan dengannya.

Calon yang berminat untuk menduduki Peperiksaa­n Top Achiever mesti melengkapk­an borang pendaftara­n dalam talian di bit.ly/TopAchieve­rScholarsh­ip. Tarikh akhir bagi pendaftara­n dalam talian ialah 15 Jun.

Peperiksaa­n biasiswa akan diadakan di Kampus Malaysia di Educity, Iskandar Puteri, Johor pada 1 Julai 2018 dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Biasiswa ini tidak termasuk perbelanja­an dan hanya diguna pakai bagi tahun pertama pengajian.

Southampto­n menjemput pelajar untuk mengambil tempat mereka dalam kalangan pelajar dan ahli akademik yang paling berbakat dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +607-260 2560 atau e-mel marketing.malaysia@southampto­n. ac.uk.

The Guardian University Guide, 2017

The Guardian University Guide, 2018

The Complete University Guide, 2018

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia