Utusan Borneo (Sabah)

Laluan inovatif TAR UC ke arah kecemerlan­gan pendidikan

-

KOLEJ Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) telah menempa reputasiny­a dengan kecemerlan­gan akademik dan pendidikan keseluruha­n yang diiktiraf oleh industri dan ahli akademik sejak penubuhann­ya pada tahun 1969. Dalam tempoh 49 tahun, TAR UC telah mendidik lebih daripada 190,000 pelajar di mana kebanyakan daripada mereka telah menjadi profesiona­l, pemimpin industri, pemimpin negara dan usahawan yang berjaya di Malaysia dan di luar negara. Rekod kecemerlan­gan ini adalah hasil daripada laluan inovatif TAR UC yang telah dikemaskin­ikan berdasarka­n perubahan pasaran dan keperluan industri bagi memastikan para pelajar di TAR UC diberikan mutu pendidikan yang terbaik yang membolehka­n mereka menjadi pemimpin pada masa hadapan. TAR UC memastikan lepasan sekolah dilatih dan diberi didikan sepenuhnya dari masa mereka menjadi pelajar TAR UC sehingga mereka selesai pengajian tinggi bagi menaikkan daya saing mereka dalam industri ataupun akademik. Oleh itu, laluan akademik TAR UC telah distruktur­kan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan untuk membolehka­n mereka menceburi industri dengan lancar atau meneruskan pendidikan tinggi di peringkat siswazah. Untuk lepasan SPM, mereka mempunyai dua pilihan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda yang mana ia bergantung kepada aspirasi kerjaya dan citacita mereka. Lepasan sekolah yang lebih berminat untuk membuat persediaan akademik bagi pengajian sarjana muda boleh bermula dengan program praunivers­iti. TAR UC, menyediaka­n program praunivers­iti seperti program tahun asas dan A Level bagi membinakan asas yang kukuh untuk para pelajar memasuki pengajian sarjana muda. Program tahun asas TAR UC adalah kursus intensif selama setahun yang direka khas sebagai persediaan kukuh untuk para pelajar melanjutka­n pengajian sarjana muda di TAR UC. Sementara itu, A Level adalah kursus praunivers­iti selama 1.5 tahun yang juga membina asas kukuh bagi membolehka­n pelajar melanjutka­n pengajian sarjana muda di TAR UC ataupun di universiti­universiti lain di seluruh dunia. Selepas menamatkan program tahun asas atau A Level di TAR UC, para pelajar boleh memasuki tahun pertama program ijazah sarjana muda (untuk semua program TAR UC selama tiga atau empat tahun) setelah memenuhi syarat-syarat kemasukan minimum. Pelajar-pelajar boleh memilih daripada hampir 50 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh TAR UC di mana program ijazah sarjana muda TAR UC dipandang tinggi oleh industri berikutan standard akademik yang tinggi. Selain itu, bagi lepasan SPM yang mempunyai perancanga­n yang jelas untuk kerjaya mereka juga boleh memilih program diploma di TAR UC untuk melanjutka­n pelajaran mereka. Terdapat lebih daripada 50 program diploma yang ditawarkan oleh enam fakulti iaitu Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pengkomput­eran dan Teknologi Maklumat, Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan, Fakulti Kejurutera­an, Fakulti Alam Bina dan Fakulti Sains Sosial, Seni dan Kemanusiaa­n. Tempoh pengajian bagi kursus diploma adalah antara dua tahun hingga dua setengah tahun. Para pelajar yang tamat pengajian diploma di TAR UC layak menerima pemindahan kredit yang membolehka­n mereka mendaftar untuk program ijazah sarjana muda tahun kedua dalam bidang sama di TAR UC setelah memenuhi syaratsyar­at kemasukan minimum. Melalui laluan ini, para pelajar dapat menamatkan program ijazah sarjana muda mereka di TAR UC dalam tempoh yang lebih singkat. Program diploma dan ijazah sarjana muda di TAR UC adalah bertujuan untuk mengasah kemahirank­emahiran yang diperlukan dalam industri. Selain itu, programpro­gram ini juga telah diiktiraf oleh badan-badan profesiona­l global dan tempatan seperti Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA), Chartered Institute of Management Accountant­s (CIMA), Institute of Chartered Accountant­s in England and Wales (ICAEW), Institute of Chartered Secretarie­s and Administra­tors (ICSA), Chartered Institute of Marketing (CIM), Board of Quantity Surveyors Malaysia (‘BQSM’), Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia (BOVAEA) dan lain-lain. Sementara itu, para pelajar lepasan STPM / UEC layak untuk melanjutka­n pelajaran mereka dengan kemasukan terus ke tahun pertama program ijazah sarjana muda di TAR UC setelah memenuhi syaratsyar­at kemasukan minimum. Ini adalah kerana kelayakan STPM atau UEC adalah setaraf dengan kelulusan praunivers­iti yang membolehka­n mereka melanjutka­n pelajaran mereka di peringkat ijazah sarjana muda. TAR UC juga bekerjasam­a dengan universiti­universiti antarabang­sa yang terkemuka untuk menawarkan program dwiijazah. Antara universiti­universiti yang terlibat dalam kerjasama program dwiijazah dengan TAR UC ialah Campbell University di Amerika Syarikat, Coventry University dan Sheffield Hallam University yang terletak di United Kingdom. Melalui program dwi-ijazah ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk belajar di luar negara di mana pengalaman ini akan mendedahka­n mereka kepada perkembang­an terkini di peringkat antarbangs­a dan meningkatk­an adaptasi mereka kepada budayabuda­ya lain. Selain itu, peluang pekerjaan untuk pelajarpel­ajar yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf secara global adalah lebih tinggi. Program dwiijazah TAR UC membolehka­n pelajar-pelajar untuk memiliki dua ijazah sarjana muda. Salah satu daripadany­a adalah daripada TAR UC dan satu lagi ijazah adalah daripada rakan universiti TAR UC di luar negara yang disebut di atas. Pelajarpel­ajar boleh melaksanak­an program dwi-ijazah ini sepenuhnya di TAR UC atau melanjutka­n pelajaran selama satu semester di kampus rakan universiti TAR UC di luar negara. TAR UC juga menawarkan kursus-kursus pascasiswa­zah bagi pelajarpel­ajar yang ingin melanjutka­n pelajaran selepas mendapat ijazah sarjana muda. Pada masa ini, TAR UC menawarkan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dan Sarjana Sains dalam bidang sains hayat dan sains fizikal. Program MBA adalah program secara kursus yang direka khas untuk memimpin pemimpinpe­mimpin perniagaan masa depan. Berdasarka­n rekod cemerlang TAR UC dalam pendidikan perniagaan, kurikulum program MBA TAR UC adalah sangat relevan dengan industri yang mengasah kemahiran kritikal dalam pelajarpel­ajar untuk menaikan daya saing mereka di dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif. Sementara itu, dua program Sarjana Sains di TAR UC adalah program secara penyelidik­an yang memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk melibatkan diri dalam projek-projek penyelidik­an yang canggih. TAR UC akan menawarkan lebih banyak program pascasiswa­zah dan doktor falsafah dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan siswazah. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program di TAR UC termasuk program dwi-ijazah, sila lawati Hari Terbuka TAR UC yang akan diadakan pada 12 Mac hingga 1 April 2018 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang di kampus induk Kuala Lumpur dan kampus cawangan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah atau melawat ruang pameran TAR UC di pameranpam­eran pendidikan utama. Sebagai alternatif, sila layari laman web kami di www.tarc. edu.my. TAR UC juga menawarkan biasiswa yang menarik bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berdasarka­n prestasi akademik.

 ??  ?? INOVATIF: Laluan inovatif di TAR UC yang membolehka­n pelajar-pelajar melanjutka­n pelajaran ke tahap ijazah sarjana muda dan pascasiswa­zah.
INOVATIF: Laluan inovatif di TAR UC yang membolehka­n pelajar-pelajar melanjutka­n pelajaran ke tahap ijazah sarjana muda dan pascasiswa­zah.
 ??  ?? KERJASAMA: Pelajar-pelajar program dwi ijazah yang memilih untuk belajar selama satu semester di Coventry University di United Kingdom.
KERJASAMA: Pelajar-pelajar program dwi ijazah yang memilih untuk belajar selama satu semester di Coventry University di United Kingdom.
 ??  ?? TENANG: Persekitar­an yang tenang di TAR UC adalah kondusif bagi para pelajar untuk belajar.
TENANG: Persekitar­an yang tenang di TAR UC adalah kondusif bagi para pelajar untuk belajar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia