Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan MA63 oleh pihak tertentu sekadar raih sokongan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Agenda ahli politik yang menjadikan isu Perjanjian Malaysia (MA63) sebagai perjuangan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah untuk meraih sokongan rakyat.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, MA63 adalah isu yang sudah lama diperjuang­kan oleh Barisan Nasional (BN) tetapi menjadi semakin hangat menjelang PRU14.

“Bagi saya, isu ini sesuatu yang laris di pasaran dan ia adalah pasaran undi... ia kerana isu MA63 sudah lama wujud dan bagi saya yang paling penting adalah mesti ada ketetapan dalam kita membawa isu ini kepada pihak yang berkenaan.

“BN Sabah telah mewujudkan jawatankua­sa di peringkat tertinggi bagi meneliti syarat-syarat MA63 yang mana turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak serta Persekutua­n,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Sabah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memperakui bahawa kerajaan Persekutua­n sentiasa dan bersedia mengembali­kan kuasa kalau ada yang terambil, sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Sementara itu, Masidi yang juga Adun Karanaan turut mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Kerjasaman­a Anak Negeri Datuk Henrynus Amin yang cuba mengintai peluang di Ranau dalam PRU14.

“Dipersilak­an... secara peribadi saya hormati semua yang bertanding di Ranau atau di mana juga berada... jumpa anda ketika waktu pemilihan nanti,” katanya.

 ??  ?? MASIDI menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.
MASIDI menyempurn­akan gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia