Utusan Borneo (Sabah)

48 pemain berentap di Pool Sabah Master

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 48 pemain memulakan persaingan Kejohanan Pool 10-Bola Sabah Master 2018 di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam bermula esok hingga Ahad.

Presiden Persatuan Snuker dan Biliard Sabah (SSBA) Frankie Kok (gambar) berkata, angka penyertaan itu termasuk juara bertahan Loo Yew Keat.

“Yew Keat dijangka akan mendapat tentang sengit dari pemain-pemain sensasi negeri termasuk johan 2016 dan naib johan 2017 Kok Jken Yung, bekas juara sirkit kebangsaan Rasid Mambalusan @ Samy, serta pemain remaja kebangsaan Mohammad Almie Mohamad Yakup.

“Pertanding­an ini akan bermula 6.00 petang setiap hari itu,” jelas beliau ditemui di ibu negeri pada Ahad.

Tahun ini, hadiah wang tunai keseluruha­n meningkat ke RM4,200 berbanding hanya RM3,400 sebelum ini, selain trofi menanti empat peserta terbaik.

“Jika juara tahun lalu membawa pulang RM1,500, juara tahun ini boleh tersenyum lebar dengan wang tunai RM2,000, sambil naib johan pula akan menerima RM900 berbanding hanya RM700 sebelum ini.

“Dua peserta yang tewas pada separuh akhir masingmasi­ng akan menerima RM350 berbanding hanya RM300 sebelum ini, manakala empat peserta yang tewas pada suku akhir pula kekal menerima RM150 setiap orang,” tambah Frankie.

Beliau mengingkat­kan semua peserta untuk mengenakan pakaian kemas sepanjang menyertai pertanding­an itu, termasuk memakai kemeja lengan panjang, tali leher kupukupu, vest, seluar satu warna, stokin dan kasut kulit.

“Pemakaian singlet, selipar dan seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali. Mereka yang gagal mengikuti peraturan asas pemakaian ini tidak akan dibenarkan untuk menyertai pertanding­an ini,” tegas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia