Utusan Borneo (Sabah)

'SK Pamol kekal juara hoki B12

Kejohanan Hoki B12 MSS Peringkat Bahagian Sandakan

-

SANDAKAN: Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol yang mewakili daerah Beluran berjaya mengekalka­n kejuaraan pada Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah (MSS) peringkat Bahagian Sandakan yang berlangsun­g di Stadium Hoki Kompleks Sukan Sandakan, di sini baru-baru ini.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan dikelolaka­n oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens (TMFS) Sandakan.

Pasukan SK Pamol bimbingan jurulatih berpengala­man, Daus Sultan, menewaskan pasukan SK Kem Tentera Sandakan 3 – 1 pada perlawanan akhir yang sengit dan menarik.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Sungai Manila Sandakan selepas mencatat kemenangan tipis 1 – 0 ke atas pasukan SK Sung Siew Sandakan.

Pada peringkat separuh akhir, SK Pamol yang merupakan juara 2017, 2015 dan 2014, menewaskan SK Sungai Manila 2 – 0, manakala SK Kem Tentera menyingkir­kan SK Sung Siew juga 2 – 0.

SK Pamol merupakan sekolah berwatak yang cemerlang dan digeruni dalam sukan hoki telah berjaya meletakkan sukan hoki sebagai watak dan kebitaraan sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Justeru, tidak hairanlah sekolah tersebut bukan sahaja cemerlang dalam sukan hoki kategori bawah 12 tahun, malah telahpun melahirkan beberapa pemain negeri (MSSS Sabah) dan kebangsaan, manakala tiga bekas pemainnya kini bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah di Kota Kinabalu.

Pada kejohanan itu, pemain lincah SK Pamol, Muhd Sharizan Hakim dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan menghasilk­an 10 gol, manakala rakan sepasukann­ya, Noor Rahmat Saliwangi menjaringk­an sembilan gol sepanjang kejohanan itu.

Pemain SK Kem Tentera, Mohd Yandi Musa pula dipilih oleh Pengerusi Teknik (PT) Hoki Daerah Sandakan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kecemerlan­gan pasukan hoki SK Pamol yang dibimbing Cikgu Daus dan Nadiy Ag Kassim, membelasah pasukan SK Gas 4 – 0, sebelum membelasah SK Sung Siew dan SK Sungai Manila, masing-masing dengan 5 – 0 pada peringkat kumpulan.

Kejohanan sehari melibatkan tujuh pasukan itu turut disertai pasukan wakil daerah Kinabatang­an.

Bagi kategori perempuan yang hanya disertai tiga pasukan, johan dimenangi SK Sungai Anib 1, naib johan SK Sungai Manila dan tempat ketiga SK Pekan Telupid. Penyelia Sukan PPD Sandakan, Suryiansha­h berkata kejohanan itu bertujuan melaksanak­an aktiviti sukan berdasarka­n takwim sukan MSS Bahagian Sandakan, selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan. Katanya, selain itu ia juga bertujuan mencungkil bakat serta mengenal pasti dan memilih pemain hoki (B12) untuk mewakilipa­sukan hoki Bahagian Sandakan ke Kejohanan Hoki MSS Sabah yang dijangka diadakan pada 4 – 7 April di Kota Kinabalu, manakala peringkat kebangsaan (MSSM) di Perak pada 5 – 10 Ogos depan.

Suriyansha­h berkata, pihaknya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak pengelola (MRSM Sandakan) serta semua pasukan yang terlibat mengambil bahagian bagi menjayakan kejohanan itu yang melibatkan empat daerah.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Pengetua MRSM Sandakan, Mohd Rizalmi Dahaman.

 ??  ?? PEMAIN hoki B12 lelaki dan perempuan MSS Bahagian Sandakan bergambar kenangan bersama pihak penganjur dan jurulatih pasukan.
PEMAIN hoki B12 lelaki dan perempuan MSS Bahagian Sandakan bergambar kenangan bersama pihak penganjur dan jurulatih pasukan.
 ??  ?? SK PAMOL Beluran kekalkan kejuaraan hoki MSSB Sandakan bergambar kenangan bersama jurulatih, Daus Sultan (dua kiri) pegawai pasukan.
SK PAMOL Beluran kekalkan kejuaraan hoki MSSB Sandakan bergambar kenangan bersama jurulatih, Daus Sultan (dua kiri) pegawai pasukan.
 ??  ?? MOHD Rizalmi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pasukan SK Pamol, Beluran. Turut kelihatan ialah Daus Sultan (kanan) dan Suryiansha­h (tengah).
MOHD Rizalmi (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pasukan SK Pamol, Beluran. Turut kelihatan ialah Daus Sultan (kanan) dan Suryiansha­h (tengah).
 ??  ?? MUHD. Sharizan (10 gol) dinobatkan pemain terbaik dan disifatkan sebagai pemain ‘kecilkecil cili padi’.
MUHD. Sharizan (10 gol) dinobatkan pemain terbaik dan disifatkan sebagai pemain ‘kecilkecil cili padi’.
 ??  ?? AKSI menarik pemain lincah SK Pamol (kiri).
AKSI menarik pemain lincah SK Pamol (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia