Utusan Borneo (Sabah)

20 sertai Kejohanan Muay Thai

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Seramai 20 peninju menyertai Kejohanan Muay Thai Fight Piala Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu acara yang diadakan di Pusat Latihan Muay Thai Sabah, di sini pada Sabtu.

Peserta dari seluruh Sabah dan Sarawak yang berumur 12 hingga 21 tahun berentap dalam kategori masing-masing bagi merebut gelaran juara.

Acara anjuran Pusat Khidmat Parlimen Papar dengan kerjasama Persatuan Muay Thai Negeri Sabah (SMTA) dan Pasukan Karabaw itu dirasmikan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Presiden SMTA Ir Nazri Ab Razak dan Pengasas Team Seni Bela Diri Campuran

mengetuk lonceng sebagai gimik perasmian Kejohanan Muay Thai sambil diperhatik­an oleh tetamu kehormat yang lain.

(MMA) Karabaw Rayner Kin Siong turut hadir pada acara itu yang julung kali diadakan di daerah ini.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar dalam ucapannya berkata, pihaknya akan meneruskan pertanding­an seumpama itu di masa hadapan memandangk­an ia semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia.

Pihaknya akan terus memberikan sokongan memandangk­an sambutan menggalakk­an masyarakat di seluruh Sabah kepada sukan yang berasal dari negara jiran Thailand itu.

“Berikutan sambutan dan sokongan memberangs­angkan daripada banyak pihak, kita cadangkan agar semua persatuan Muay Thai di Sabah terus memperkasa organisasi masing-masing.

“Difahamkan, sukan ini juga akan dipertandi­ngkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2019 dan saya yakin atlet Muay Thai Sabah mampu merangkul pingat dalam temasya itu hasil sokongan semua selama ini,” katanya.

Sementara itu, Nazri ketika ditemui berkata sebanyak 12 persatuan Muay Thai dari 12 kawasan membabitka­n lebih 500 ahli dari seluruh Sabah berada di bawah SMTA sejak persatuan itu ditubuhkan 2011.

Katanya, sepanjang enam tahun ditubuhkan, pihaknya berjaya melahirkan ramai atlet Muay Thai berkeboleh­an khususnya yang bertaraf dunia iaitu tiga peninju remaja masing-masing dua berasal dari Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurutnya, salah seorang remaja berumur 12 tahun berjaya merangkul juara dalam kategoriny­a di Kejohanan Dunia Remaja Muay Thai (IFMA) di Bangkok pada Ogos tahun lalu.

“Bukan itu saja, dua lagi atlet kita berumur 21 tahun berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan Jingcheon First World Youth Martial Arts Mastership­s, di Jingcheon, Korea Selatan, Oktober tahun lalu.

“Justeru, kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memperkasa­kan lagi sukan ini di Sabah bagi melahirkan lebih ramai atlet Muay Thai berkeboleh­an dan pada masa sama, mengharumk­an nama negeri ini,” katanya.

Pada kejohanan itu, sebanyak 10 ‘bout’ diadakan membabitka­n perlawanan Pro dan Super Pro remaja serta kanak-kanak lelaki termasuk perlawanan Super Pro Remaja kategori wanita.

 ??  ?? ROSNAH
ROSNAH
 ??  ?? ANTARA aksi peserta sempena kejohanan itu.
ANTARA aksi peserta sempena kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia