Utusan Borneo (Sabah)

Salah lakar detik bersejarah di Anfield dengan empat gol

Palace keluar dari zon penyingkir­an selepas menewaskan Huddersfie­ld 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas

- -AFP

LONDON, England: Musim sulung Mohamed Salah di Liverpool semakin menarik perhatian apabila menjaringk­an empat gol ketika Liverpool membelasah Watford 5-0 sementara Crystal Palace menghidupk­an harapan untuk mengelak penyingkir­an dengan menang 2-0 di Huddersfie­ld pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Selepas tewas 1-2 kepada musuh tradisi, Manchester United pada perlawanan liga terakhir, kehebatan terbaharu Salah membantu Liverpool kembali ke landasan kemenangan untuk kemenangan keempat dari lima perlawanan liga terakhir.

Salah sudah menjaringk­an 36 gol dalam semua pertanding­an bersama Liverpool sejak tiba dari AS Roma pada musim panas lalu – jumlah paling banyak dari mana-mana pemain yang membuat penampilan sulung bersama Liverpool.

Penyerang Fernando Torres menjaringk­an 33 gol pada penampilan sulung bersama Liverpool pada 2007/2008.

Salah hanya mengambil masa empat minit untuk menembusi pertahanan Watford dengan melepasi kawalan Miguel Britos sebelum menewaskan penjaga gol Orestis Karnezis.

Prestasi hambar

Salah di Chelsea empat

tahun yang lalu kini sudah dilupakan dan beliau menulis namanya dalam buku sejarah Liverpool pada minit ke-43 apabila menyempurn­akan hantaran pendek Andrew Robertson.

Salah kemudian mengumpan bola kepada Roberto Firmino untuk gol ketiga pada minit ke49 sebelum beliau menjaringk­an hatrik pada minit ke-77.

Beliau adalah pemain pertama dari Mesir yang menjaringk­an hatrik dalam Liga Perdana Inggeris dan melengkapk­an hari gemilang dengan gol keempat pada minit ke-85 selepas merembat bola muntah apabila rembatan Danny Ings gagal ditepis kemas Karnezis.

Liverpool kini dua mata di hadapan Tottenham Hotspur di tangga ketiga ketika mereka memburu kelayakan k e Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang, terutama sekali rakan sepasukan, tanpa mereka saya tidak dapat mencapai rekod gol ini,” kata Salah.

“Setiap perlawanan, kami cuba untuk menang tiga mata tetapi setiap perlawanan saya mahu menjaringk­an gol dan membantu pasukan.”

Selepas empat kekalahan berturut-turut, Palace melangkah keluar dari zon penyingkir­an.

Palace membuka jaringan pada minit ke-23 di Stadium John Smith apabila James Tomkins merembat bola dari jarak dekat.

Skuad kendalian Roy Hodgson menjaringk­an gol kedua pada minit ke-68 menerusi tendangan penalti Luka Milivojevi­c selepas Andros Townsend dikasari Mathias Jorgensen dalam kotak penalti. Kemenangan pertama Palace dari lapan perlawanan liga itu meletakkan mereka dua mata di atas zon penyingkir­an. Huddersfie­ld tiga mata di hadapan Southampto­n, yang tercicir ke dalam zon penyingkir­an. “Ia sangat penting untuk menang kerana kami mengharung­i beberapa perlawanan sukar dan tidak mengutip sebarang mata,” kata Hodgson.

Ketika Palace masih belum terjamin kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan, West Bromwich Albion hampir pasti akan tersingkir musim ini selepas tewas 1-2 di Bournemout­h.

West Brom membuka jaringan pada minit ke-49 apabila tandukan Salomon Rondon disempurna­kan Jay Rodriguez untuk gol pertama beliau sejak bulan Januari.

Tetapi Jordan Ibe mengikat kedudukan buat Bournemout­h pada minit ke-77 sebelum Junior Stanislas memastikan kemenangan pertama Bournemout­h dari lima perlawanan dari satu tendangan percuma pada minit ke-89.

Kekalahan buat West Brom adalah yang ketujuh berturut-turut, menyamai rekod kekalahan mereka sendiri dalam Liga Perdana.

Mereka hanya menang sekali dari 17 perlawanan liga di bawah bimbingan Alan Pardew dan berada sembilan mata dari zon selamat dengan berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi musim ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang, terutama sekali rakan sepasukan, tanpa mereka saya tidak dapat mencapai rekod gol ini. ” Mohamed Salah Penyerang Liverpool

 ??  ??
 ??  ?? SALAH ceria selepas menjaringk­an gol keempat Liverpool ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Watford di Anfield, Liverpool Sabtu lepas. — Gambar AFP
SALAH ceria selepas menjaringk­an gol keempat Liverpool ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Watford di Anfield, Liverpool Sabtu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? PENGADIL perlawanan, Martin Atkinson (tengah) melayangka­n kad merah kepada Adam (kiri) selepas mengasari Rooney (kanan) pada perlawanan liga di Stadium Bet365, Stoke-on-Trent Sabtu lepas. — Gambar AFP
PENGADIL perlawanan, Martin Atkinson (tengah) melayangka­n kad merah kepada Adam (kiri) selepas mengasari Rooney (kanan) pada perlawanan liga di Stadium Bet365, Stoke-on-Trent Sabtu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? RANAU: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Bola Jaring peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Rendah Zon Timur 2018, yang diadakan di gelanggang bola jaring sekolah itu.
Naib johan disandang oleh pasukan...
RANAU: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan muncul juara keseluruha­n Kejohanan Bola Jaring peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Rendah Zon Timur 2018, yang diadakan di gelanggang bola jaring sekolah itu. Naib johan disandang oleh pasukan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia