Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan 19 PTI di Tanjung Labian

- -Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Lahad Datu berjaya menghalang dan menahan 19 PTI warganegar­a asing yang cuba keluar dari daerah ini ke Filipina, di perairan Tanjung Labian pada Isnin.

Pengarah Maritim Pangkalan, Pangkalan Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di sekitar perairan Tanjung Labian telah bertindak menuju ke kawasan yang disyaki menjadi laluan bagi pendatang tanpa izin.

Katanya, semasa melaksanak­an tinjauan, APMM berjaya mengesan sebuah bot pancung membawa PTI ingin menyusup keluar ke perairanFi­lipinamela­luilaluan yang tidak diwartakan.

“Pada kira-kira jam 3 pagi bot peronda APMM telah menahan bot pancung tersebut. Hasil pemeriksaa­n awal mendapati, bot berkenaan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftara­n dan terdapat 19 penumpang disyaki warganegar­a Filipina yang terdiri daripada enam lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak- kanak lelaki dan enam kanak- kanak perempuan berumur dalam lingkungan 1 tahun hingga 45 tahun.

“Kesemua mereka telah gagal mengemukak­an sebarangdo­kumenpenge­nalan diri yang sah, ketika pemeriksaa­n dilakukan oleh anggota bertugas,” katanya.

Tambahnya lagi, bot pancung tersebut dipercayai cuba menyusup keluar ke Filipina dari perairan ini.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia