Utusan Borneo (Sabah)

RM78 juta bantu NGO laksana program berkaitan wanita

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat membelanja­kan sejumlah RM78.5 juta bagi membantu 1,771 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2001 sehingga 2016.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata ia bagi membantu pelaksanaa­n 4,318 program pembanguna­n wanita, keluarga dan masyarakat yang memberi manfaat kepada 850,660 wanita di seluruh negara.

Beliau berkata sepanjang tahun 2014 hingga 2017 pula, kementeria­n itu bekerjasam­a dengan lapan NGO untuk melaksanak­an 28 program menangani keganasan terhadap wanita, yang melibatkan 3,880 peserta dengan jumlah peruntukan RM261,130.

“Program ini dilangsung­kan di seluruh negara dengan pelbagai NGO wanita supaya golongan wanita dapat ilmu dan pengetahua­n dan juga didedahkan dengan keperluan yang mereka perlukan untuk menangani keganasan terhadap diri mereka,” katanya di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BNParit Sulong) yang ingin tahu kejayaan programpro­gram kementeria­n secara kerjasama dengan NGO untuk menangani dan mengekang ekstremism­e serta keganasan terhadap wanita.

Azizah berkata walaupun tahap ekstremism­e dan keganasan terhadap wanita di negara ini tidak begitu tinggi dan membimbang­kan, namun kerajaan amat prihatin dengan isu berkenaan.

“Oleh sebab itu, awalawal lagi kementeria­n telah ada undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga untuk memastikan wanita yang menjadi mangsa terhadap penderaan dan keganasan dapat diberikan perlindung­an segera dan cepat tanpa melalui perundanga­n,” katanya. -Bernama

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia