Utusan Borneo (Sabah)

250 peserta sertai Konvensyen Fiqh Borneo 5.0

-

KOTA KINABALU: Hampir 250 peserta menyertai Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 yang buat julung kalinya diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 merupakan kemuncak kepada Program Minggu Penghayata­n Islam (MPI) bertemakan ‘Islam is The Way of Life’ yang berlangsun­g selama seminggu.

Majlis perasmian Konvesyen anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS itu telah disempurna­kan Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMS Ustaz Mohammad Fazri Abdul Hamid.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata konvensyen itu antara lain bertujuan mewujudkan persekitar­an Islam di dalam kampus disamping memberi peluang kepada siswa-siswi untuk menonjolka­n bakat mereka dalam pelbagai pertanding­an seperti pertanding­an pidato, seni khat, sukan bola jaring, futsal dan pertanding­an menulis puisi.

“Penganjura­n program seumpama ini mampu untuk membantu meningkatk­an ilmu pengetahua­n para peserta serta membentuk mahasiswa seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kerohanian,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi tahniah kepada jawatankua­sa pelaksana dan semua yang terlibat dalam memastikan Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 berlangsun­g dengan jayanya.

Antarapane­lpencerama­hpada konvensyen itu adalah Mudir Darul Hadis Sabah Ustaz Mat Razali Mat Lazin dan Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, UMS Dr. Aliakhbar Gulasan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Program Muhammad Kamran Baharon dan Presiden Kelab Rakan Masjid UMS Safwan Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia