Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran TV Okey untuk rakyat Sabah, Sarawak

-

KOTA KINABALU: Saluran televisyen (TV) baharu Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Okey dilihat mampu menjadi platform meneroka khazanah serta potensi industri kreatif di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini berikutan saluran baharu berkenaan akan memberi fokus kepada kandungan serta pengisian rancangan dari kedua-dua negeri berkenaan.

“Saya yakin dan percaya saluran baharu ini sudah tentu akan membuka ruang serta peluang kepada penggiat seni tempatan untuk menceburka­n diri dalam industri kreatif.

“Ia juga akan mendedahka­n kandungan kreatif tempatan kepada peringkat nasional dan juga peringkat antarabang­sa,” katanya berucap pada majlis pelancaran saluran tv baharu itu di sini, malam Rabu.

Pelancaran saluran TV berkenaan turut mencatat satu lagi lembaran baharu dalam pembanguna­n dan kemajuan sektor penyiaran negara itu disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri Kabinet negeri Sabah dan Sarawak.

Salleh berkata TV Okey adalah landasan kukuh dalam usaha penyatuan dan kestabilan negara memandangk­an terdapat pelbagai rancangan memaparkan kehidupan harian, adat resam dan kepelbagai­an gaya hidup masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“TV Okey juga mampu menjadi lebuh raya media elektronik baharu dalam menyokong usaha kerajaan membudayak­an perpaduan, toleransi, keharmonia­n dan nilai-nilai murni yang mengukuhka­n lagi keakraban, semangat patriotik, cinta dan setia kepada negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, kandungan serta perisian saluran baharu itu direka dan dibina dengan begitu teliti, agar ia mampu mengambil kira selera dan cita rasa penonton.

“Ia juga dibentuk untuk disesuaika­n dengan penyiaran TV digital yang akan dimulakan tidak lama lagi, apabila berlakunya peralihan daripada siaran analog kepada digital,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh berkata, pelancaran T V Ok e y adalah tepat pada masanya kerana siaran digital akan membuka peluang lebih hebat lagi kepada penggiat industri kreatif menerbitka­n kandungan bermutu dan sesuai dengan perubahan trend semasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan nama saluran itu dibuat kerana ia mudah disebut, diingati serta bersahaja, dan berharap ia akan dapat memberi peluang, ilmu dan pengalaman yang seluasnya kepada segenap lapisan masyarakat.

Saluran TV Okey boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur menerusi platform MyTV 110 dan Astro 109. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia