Utusan Borneo (Sabah)

SBA terus promosikan Sabah

Sebagai destinasi menarik untuk backpacker­s

-

KOTAKINABA­LU: Presiden Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA)Octavius @ Dares Saham Asaad akan meneruskan usaha mempromosi­kan Sabah sebagai destinasi backpacker­s yang menarik dan selamat untuk dikunjungi.

Beliau berkata keunikan yang ada di Sabah membolehka­n destinasi pelanconga­n di negeri ini sesuai menjadi destinasi kunjungan backpacker­s terutama dalam kalangan generasi muda.

“Kita harus memanfaatk­an kelebihan yang ada pada setiap destinasi pelanconga­n yang ada supaya backpacker­s akan tinggal lebih lama di negeri ini.

“Misalnya, kita boleh membangunk­an produk pelanconga­n luar bandar seperti mendaki atau jungle trekking supaya banyak aktiviti boleh ditawarkan kepada backpacker­s,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Khamis.

Octavius berkata, beliau merasa yakin industri backpacker­s di Sabah boleh berkembang dengan baik sekiranya banyak program menarik disediakan untuk menarik lebih ramai b a c k p a c ke r s berkunjung ke Sabah.

Beliau akan memegang jawatan berkenaan bagi tempoh dua (2018-2020). Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Richie Lee yang menjadi Presiden SBA untuk tempoh dua penggal (empat tahun).

“Kita harus memanfaatk­an kelebihan yang ada pada setiap destinasi pelanconga­n yang ada supaya backpacker­s ” akan tinggal lebih lama di negeri ini. OCTAVIUS @ DARES SAHAM ASAAD Presiden Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA)

 ??  ?? OCTAVIUS (duduk-tengah) bersama barisan jawatankua­sa SBA yang baharu dipilih.
OCTAVIUS (duduk-tengah) bersama barisan jawatankua­sa SBA yang baharu dipilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia