Utusan Borneo (Sabah)

Sukan eratkan murid, guru dan ibu bapa SK Lubok Temiang

-

LABUAN: Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) Kali Ke-16 2018 telah mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin antara murid, guru dan ibu bapa.

Yang Dipertua PIBG Mohd Dzulfaizal Ab Manan berkata ini kerana, warga sekolah khususnya guru akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program tahunan itu berjalan lancar.

Katanya, apabila semua urusan pentadbira­n dan teknikal telah disediakan termasuk melatih atlet, menjadi giliran ibu bapa pula untuk memberikan sokongan moral dengan menghadiri majlis tersebut.

“Inilah yang berlaku di SK Lubok Temiang apabila ibu bapa menerusi PIBG memberikan sokongan padu terhadap penganjura­n kejohanan sukan tersebut.

“Saya melihat sukan merupakan ruang dan peluang terbaik untuk mengeratka­n hubungan antara murid, guru dan ibu bapa,”katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian kejohanan tersebut oleh Ketua Unit Kokurikulu­m Subari Dwar yang mewakili Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Asbola @ Hasbollah Amit.

Turut hadir Guru Besar SKLT Awat @ Cally Moguring, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Farid Marcus dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Maimon Abd Rahman.

Pada kejohanan kali ini, Rumah Merah muncul juara, kedua Rumah Kuning, ketiga Rumah Hijau manakala keempat Rumah Biru.

Kejohanan yang diadakan di Padang Kolej Matrikulas­i Labuan( K M L) itu dimulakan dengan lintas hormat oleh pasukan perbarisan yang akhirnya menjadi milik Rumah Hijau diikuti Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning.

Awat @ Cally merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran ibu bapa yang amat memuaskan sejak acara itu bermula hinggalah ke majlis penyampaia­n hadiah.

Justeru itu, beliau menyeru ibu bapa meneruskan komitmen dan kerjasama seperti itu dengan menghadiri pelbagai lagi program anjuran sekolah dan PIBG khususnya yang berkaitan akademik.

“Kehadiran yang ramai itu sewajarnya diteruskan ketika ibu bapa menghadiri program kecemerlan­gan akademik anjuran sekolah mahupun PIBG. Jika ini berterusan saya yakin SK Lubok Temiang akan terus meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan,”katanya.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan KML, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan PIBG yang turut menjayakan sukan tahun ini.

“Tahniah buat semua guru dan staf sokongan yang bekerja keras memastikan Kejohanan Olahraga 2018 berjalan lancar,”katanya.

Kejohanan itu juga bakal menjadi kenangan buat cikgu Maimon yang akan bersara bulan Julai depan.

 ??  ?? SUBARI (lima kanan), Cally (kiri) dan Md Dzulfaizal (dua kiri) bersama guru-guru Rumah Merah.
SUBARI (lima kanan), Cally (kiri) dan Md Dzulfaizal (dua kiri) bersama guru-guru Rumah Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia