Utusan Borneo (Sabah)

Hanya beri impak minimum ke atas Malaysia: Mustapa

Cadangan sekatan perdaganga­n AS ke atas China

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak banyak terjejas oleh rancangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengenakan sekatan perdaganga­n ke atas China, memandangk­an eksportnya ke Amerika hanya satu hingga dua peratus daripada jumlah eksport.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) bagaimanap­un berkata sekatan perdaganga­n itu akan memberi impak besar kepada negara lain.

“Kita bimbang tindakan ini akan mencetuska­n perang perdaganga­n dan China akan (mengambil) langkah balas terhadap keputusan (dibuat) Trump itu.

“Ini merupakan perkembang­an yang tidak sihat, kerana kita ada proses yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) yang perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Inovasi untuk Produktivi­ti (SHIP) 2018 di sini, Khamis.

Mustapa berkata jika tindak balas perdaganga­n berlaku, industri pembuatan solar Malaysia akan terjejas, kerana ia merupakan pengeluar sel dan modul photovolta­n ketiga terbesar di dunia, dan menyumbang lapan peratus daripada keluaran global.

Beliau berkata Malaysia akan menghubung­i rakan-rakannya di AS untuk membincang­kan perkara itu.

Laporan berita menyebut bahawa White House akan mengumumka­n tarif baharu ke atas import dari China minggu ini.

Sementara itu, Mustapa berkata kadar faedah penanda aras yang meningkat oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed) tidak bersifat distruktif berdasarka­n perspektif perniagaan Malaysia.

“Ini merupakan keputusan perniagaan ... ramai yang telah mengambil kira keputusan Fed ini kerana ia sudah diselarask­an secara beransur-ansur sejak krisis kewangan 2008,” katanya.

Fed mengumumka­n kenaikan 0.25 kadar faedahnya kepada julat sasaran 1.5 hingga 1.75 peratus pada Rabu. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia