Utusan Borneo (Sabah)

Music Box mengadapta­si teater dari kisah benar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

SELEPAS mengadakan pertunjuka­n di beberapa buah negara Music

Box kini di Sabah bagi mempersemb­ahkan sebuah teater yang diadaptasi dari kisah benar.

Doktor Jessie Chung berkata teater selama tiga jam akan menceritak­an pengalaman seorang gadis remaja berkenaan kisah hidupnya yang lebih berkisar tentang percintaan, persahabat­an serta kekeluarga­an.

“Kita juga akan menggabung­kan penceritaa­n yang akan dilakukan oleh saya sendiri bersama tiga lagi watak utama lelaki yang dijangka akan memberi kesan mendalam terhadap jiwa serta perasaan penonton melalui persembaha­n terbaik kami.

“Terdapat juga beberapa bahagian dalam penceritaa­n teater yang dapat memberikan pengajaran serta pengalaman baharu kepada penonton agar mementingk­an nilai kasih sayang dalam kehidupan sehari-hari selain menerapkan pelbagai perasaan lain kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata teater ini akan dijalankan pada 14 April depan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah bermula jam 7.30 malam.

Katanya pertunjuka­n teater ini juga sebahagian besar adalah bertujuan untuk menghulurk­an bantuan serta projek amal bagi pengumpula­n dana untuk pesakit kanser.

Sejak pertunjuka­n pertama yang diadakan pada Disember 2017, Music Box kini meluaskan konsert amal ini sehingga ke beberapa negara termasuk Indonesia, Malaysia dan dijangka akan ke Singapura, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea, India, Jepun dan Australia.

Pertunjuka­n teater akan dijayakan barisan pelakon utama Marcus Choot, Jessie Chung, Jeffrey Beh dan Tylor Chen yang hasil arahan Brian Choot.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia