Utusan Borneo (Sabah)

Sistem SESB mampu hadapi gempa bumi

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Rekod sistem pembekalan tenaga elektrik Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) sehingga kini menunjukka­nnya mampu bertahan jika ada gegaran gempa bumi di Sabah.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Mohd Yaakob Jaafar optimis semua sistem pepasangan milik SESB yang ada berupaya menahan impak gegaran gempa bumi.

“Contohnya, apabila berlakunya gempa bumi yang kuat pada 5 Jun 2015, Stesen Janakuasa Ranau tetap berjalan (seperti biasa) tanpa kerosakan ketara,” katanya.

Yaakob ditemui Utusan Borneo semasa melakukan tinjauan kerja terhadap pemasangan sistem automasi, Auto Recloser Distributi­on Automation (ARDA) di sini, petang Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau meminta orang ramai supaya tidak risau kerana SESB juga mempunyai pelan tindak jika gangguan bekalan berlaku akibat gegaran gempa bumi.

“Pelan tindak ini bertujuan untuk memulihkan bekalan dengan cepat jika impak gegaran gempa bumi terlalu kuat hingga menjejaska­n janaan dan penghantar­an tenaga,” katanya.

Menyentuh mengenai pemasangan sistem ARDA pula, Yaakob berkata 70 kawasan kritikal di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Kota Marudu sudah dikenalpas­ti SESB.

Pemasangan sistem ini melibatkan 16 unit di Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Sandakan untuk fasa pertama manakala fasa kedua 54 unit di Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

 ??  ?? YAAKOB memeriksa pemasangan sistem automasi ARDA di Tawau.
YAAKOB memeriksa pemasangan sistem automasi ARDA di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia