Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut memandu di laluan bertentang­an

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang pemandu kereta maut di lokasi kejadian apabila dipercayai memandu di laluan bertentang­an sebelum bertembung sebuah van di Jalan Tuaran Bypass berhampira­n restoran makanan segera, di sini.

Mangsa, Yong Yuk Khen, 34, beralamat di Manggatal disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian jam 12.30 tengah malam berlaku apabila tiga individu menaiki van dari arah Manggatal menuju ke pusat bandar.

“Sebaik tiba di Jalan Tuaran Bypass secara tibatiba bahagian hadapan van dinaiki dilanggar sebuah kereta yang dipandu mangsa dari arah bertentang­an.

“Impak kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta merta, manakala pemandu van berumur 44 tahun parah di bahagian kaki kanan.

“Dua penumpang van bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutny­a.

Chandra berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua pemandu tidak mabuk dan keadaan cuaca baik semasa kemalangan.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu Ketua Operasi Mohd Zulfadli Usman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.48 pagi dan menggerakk­an dua jentera bersama enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi sejauh lima kilometer anggota bomba segera melakukan operasi mengeluark­an mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta pacuan empat roda.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata tiga mangsa lain termasuk seorang parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutny­a.

“Operasi ditamatkan jam 2.06 pagi,” katanya.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lagi individu parah selepas keretanya bertembung dengan lori.

Zulfadli berkata kejadian berlaku jam 6.42 pagi di Kampung Poring Manggatal.

“Mangsa yang berjaya dikeluarka­n dihantar ke hospital menaiki kenderaan ambulans untuk rawatan selanjutny­a,” katanya, sambil menambah operasi ditamatkan jam 7.31 pagi.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Jalan Tuaran Bypass.
KEADAAN kereta mangsa yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Jalan Tuaran Bypass.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia