Utusan Borneo (Sabah)

HAK DIPERTAHAN: TPM

MA63 Sabah terkandung dalam manifesto BN

-

KOTA BELUD: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa hak rakyat Sabah yang tercatat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sambil mengulangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu MA63, katanya beliau menyokong dan mendukung agar manamana hak dalam perjanjian berkenaan yang terambil atau terlepaspa­ndangdikem­balikan kepada rakyat Sabah.

“Kita tahu, ada yang cuba mempromosi­kan 'Sabah For Sabahan', kononnya MA63 adalah sesuatu yang harus diperjuang­kan oleh pihak berkenaan. Tetapi, saya mewakili Perdana Menteri, saya mewakili BN akan memberi jaminan bahawa MA63 akan termasuk dalam manifesto (BN) dan hak orang Sabah akan pasti terus dipertahan­kan.

“Jangan ingat kerajaan BN tidak ambil peduali tentang MA63. Kerana kita yakin dan percaya dengan komitmen perdana menteri bahawa mana-mana dalam MA63 yang telah terambil ataupun terlepas pandang, pasti dan akan dirundingk­an sebab tuntutan orang Sabah seperti tercatat dalam MA63 berhak untuk dipenuhi.

“Kalau itu menjadi isu, dan menjadi keprihatin­an BN, apa lagi yang mahu mereka (pembangkan­g) bangkitkan?,” tanya Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesrah Bersama Penduduk Kota Belud di Kampung Kesapang di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Ahmad Zahid berkata beliau akan membantu Najib dalam memantau pelaksanaa­n dasardasar yang berkaitan dengan proses pengembali­an hak rakyat Sabah dalam MA63 berkenaan.

“Ini adalah kerajaan BN... janji ditepati, kata dikota. Dalam hal janji ditepati dan janji dikota ini, mahkamah rakyat akan menentukan (menilai) jika kami tidak memberi prestasi yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata BN telah mencapai prestasi perkhidmat­an terbaik untuk rakyat dan negara sejak PRU13 berdasarka­n manifesto BN pada pilihan raya tersebut.

“Dalam manifesto pilihan raya lalu yang termasuk memberikan jaminan terbaik untuk rakyat Sabah, kami telah melaksanak­an 97.6 peratus janji-janji kami dalam manifesto itu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin Sabah akan kekal dikuasai BN pada PRU14 berdasarka­n kesepaduan dan kerjasama erat parti-parti komponen BN di negeri ini.

Beliau berkata walaupun serangan terus disasarkan kepada kepimpinan BN Sabah terutamany­a Musa, namun kerajaan BN tetap teguh sehingga ke hari ini hasil dukungan dan sokongan padu parti-parti komponen BN di Sabah.

“Sejarah di Sabah tidak pernah tidak ada musuh menyerang. Sama ada musuh dari luar atau musuh dari dalam. Setiap kali musim menuai, pasti ada keluang dan kelawar yang datang. Apabila musim menuai atau musim buah, pasti kelawar-kelawar berkeliara­n.

“Tetapi, saya menghormat­i orang Sabah, kerana walaupun kelawar atau keluang malah burung pipit atau sebarang burung cuba memetik buah atau memakan padi, tetapi padi tetap tegak dan pokok buah tetap tegak dan buah tidak dicuri orang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata serangan bertubi-tubiterhad­ap Musa, yang disifatkan­nya sebagai ‘pusat graviti’, bertujuan mengganggu­gugat kedudukan pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah itu yang telah berjaya membangunk­an Sabah dan memakmurka­n rakyat negeri ini.

“Jangan anggap Tan Sri Musa sebagai individu.Tan Sri Musa adalah institusi kepemimpin­an di Sabah yang utama dan harus kita pertahanka­n,” tegasnya. Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? AHMAD Zahid melambaika­n tangan kepada orang ramai ketika tiba bagi merasmikan majlis Pecah Tanah Politeknik Kota Belud di Kampung Kesapang, Jumaat. -
Gambar BERNAMA AHMAD Zahid melambaika­n tangan kepada orang ramai ketika tiba bagi merasmikan majlis Pecah Tanah Politeknik Kota Belud di Kampung Kesapang, Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia