Utusan Borneo (Sabah)

Rompak berkumpula­n: Pemuda kena lapan tahun, satu sebat

Atas kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pemuda berusia 19 tahun dikenakan penjara lapan tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Julbin Azli, yang mana pada Jumaat untuk laporan sosial.

Tertuduh mengekalka­n pengakuan salah, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Julbin dan Fazly Juineh, 19, merompak seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, merampas sebuah telefon pintar milik mangsa.

Mereka yang bersenjata­kan sebilah parang melakukan kesalahan itu, pada 26 Febuari jam 3.30 petang di tebing kolam, kawasan pembinaan sebelah pusat membeli-belah Servay Putatan.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 26 hingga 27 Jun terhadap Fazly, yang tidak diwakili peguam selepas mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu dan dua rakannya mandi di kolam terbabit, mereka didatangi dua lelaki yang tidak dikenali, salah seorang mengeluark­an sebilah parang dari tepi pinggang.

Senjata terbabit diacuhkan ke tulang rusuk sebelah kanan pengadu, selepas itu seorang lagi mengambil pakaian pengadu yang mengandung­i telefon pintar.

Lelaki berkenaan memulangka­n semula simkad dan pakaian kepada pengadu.

Selepas itu, pengadu dan rakan-rakannya melarikan diri ke arah tapak pembinaan, manakala kedua-dua suspek melarikan diri ke arah Kampung Sailan, Putatan.

Pada 27 Febuari jam 1 petang, polis berjaya menangkap kedua-dua tertuduh yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

Semasa rayuan, Julbin yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan tidak dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja menegaskan, walaupun tertuduh seorang pesalah muda, namun kesalahan yang dilakukan serius dan hukuman berat harus dikenakan.

 ??  ?? JULBIN (depan) Mohd Fazly (belakang), keluar dari kamar mahkamah.
JULBIN (depan) Mohd Fazly (belakang), keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia