Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Konvokesye­n ke-22 MSU, sambutan penuh bermakna

Majlis Konvokesye­n ke-22, Management & Science University (MSU)

-

MANAGEMENT & Science University (MSU) menyaksika­n sambutan penuh bermakna dalam meraikan kejayaan para graduan yang menamatkan pengajian pada peringkat pasca siswazah, ijazah sarjana muda dan diploma serta penganuger­ahan ijazah doktor kehormat pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-22 di Shah Alam, baru-baru ini.

Ijazah Doktor Kehormat dalam Pelaburan dan Kewangan (Honorary Doctorate in Finance and Investment)

dianugerah­kan kepada tokoh pengurusan pelaburan dan kewangan korporat negara, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Penganuger­ahan ini adalah mengiktira­f sumbangan beliau dalam memajukan dan mempelopor­i bidang pengurusan aset dan portfolio di Malaysia yang seterusnya menyumbang kepada perkembang­an pesat bidang berkenaan terutamany­a kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Manakala pakar kimia organik antarabang­sa, Profesor Dr Sultan Abu Orabi selaku Setiausaha Agung, Associatio­n of Arab Universiti­es pula menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Honorary Doctorate in Education Management and Leadership).

Sumbangan beliau melalui wacana perkongsia­n ilmu seperti kajian penyelidik­an, syarahan, jurnal serta konferen telah menyumbang kepada bidang pendidikan dan kepimpinan kepada komuniti Arab di Timur Tengah.

Ijazah kehormat itu disampaika­n Pro-Canselor MSU, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sem- pena pembukaan sidang pertama majlis konvokesye­n kali ini.

Turut hadir ialah Presiden MSU Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid dan Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Seramai 2,003 graduan diraikan sempena Majlis Konvokesye­n MSU ke-22 kali ini di mana seramai 46 graduan bakal menerima ijazah Pasca Siswazah, 1,182 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dan seramai 775 graduan bakal menerima Diploma masing pada majlis konvokesye­n kali ini.

Turut diraikan ialah graduan sulung bagi program Diploma in Islamic Banking.

Manakala lima kategori anugerah khas graduan cemerlang turut diberikan kepada 60 graduan atas pencapaian mereka dalam bidang masing-masing. Anugerah tersebut ialah Anugerah Pingat Emas

Can- selor, Anugerah Presiden,

Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award, Anugerah Akademik, dan Anugerah Industri.

Antara penerima Anugerah-anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n Ke-22 MSU adalah; Anugerah Pingat Emas Canselor: Azrul Arifuddin,

Bachelor in Internatio­nal Business (Honours).

Manakala penerima Anugerah Presiden ialah Adrianna Abdul Aziz, Bachelor in Internatio­nal Business (Honours) dan Tengku Nur Athirah Tengku Silahudeen,

Diploma in Culinary Arts.

Sementara itu, Hafiz Afiff Mohd, Chung Choon Ted,

Bachelor of Bioinforma­tics

pula telah dianugerah­kan

Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award. Sementara itu, 36 graduan telah menerima Anugerah Akademik iaitu dan 20 graduan menerima Anugerah Industri.

Antara syarikat-syarikat korporat yang terlibat ialah MSU Medical Center, Sirim Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Affin Bank Berhad, Pharmaniag­a Berhad, Proton Holdings Berhad, Philips Malaysia Sdn. Bhd., Puncak Niaga Holdings Berhad, Menara Optometry Centre Sdn. Bhd., Ascendsys Sdn Bhd, Electrolux (Malaysia), Westar Aviation Services Sdn. Bhd dan lain-lain

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuska­n kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global serta menerapkan elemen pembelajar­an Alaf ke-21.

Sepanjang lebih tiga dekad yang lalu, MSU telah memperoleh­i pelbagai pengiktira­fan samada dari dalam mahupun luar negara.

Antaranya ialah ‘Excellent Status University, Tier 5’ dan ‘The Most Entreprene­urial Private University’ oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, ‘BrandLaure­ate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Developmen­t’, ‘Putra Brand Award 2017’ serta sebagai universiti ke-217 terbaik di Asia dalam QS Asia Ranking 2018 dan mendapat penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif.

Kajian pengesanan graduan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia turut menyaksika­n tahap kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap 98.5 peratus iaitu tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Selain itu, MSU turut mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan antarabang­sa termasukla­h ‘Premier University Status’ oleh

Accreditat­ion Services for Internatio­nal Colleges (ASIC) dari United Kingdom, University Grants Commision

dari Sri Lanka dan universiti pertama bukan dari Jepun mendapat pengiktira­fan The Alliance on Business Education and Scholarshi­p for Tomorrow (ABEST21), Jepun.

MSU juga mendapat pengiktira­fan oleh Sri Lanka Medical Council (SLMC),

Maldives Medical and Dental Council (MMDC) dan

Brunei Darussalam National Accreditat­ion Council

(BDNAC).

 ??  ??
 ??  ?? ABU Orabi (kanan) menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.
ABU Orabi (kanan) menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HAMAD (kanan) menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam Pelaburan dan Kewangan disampaika­n oleh Wan Zahid.
HAMAD (kanan) menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam Pelaburan dan Kewangan disampaika­n oleh Wan Zahid.
 ??  ?? PENERIMA anugerah Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award Hafiz Afiff Mohd, berkongsi kegembiraa­n bersama ibunya.
PENERIMA anugerah Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award Hafiz Afiff Mohd, berkongsi kegembiraa­n bersama ibunya.
 ??  ?? PARA graduan merakamkan gambar kenangan pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-22 di Shah Alam baru-baru ini.
PARA graduan merakamkan gambar kenangan pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-22 di Shah Alam baru-baru ini.
 ??  ?? WAN ZAHID menyampaik­an Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Azrul Arifuddin (kanan).
WAN ZAHID menyampaik­an Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Azrul Arifuddin (kanan).
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N para graduan yang menerima anugerah.
KEGEMBIRAA­N para graduan yang menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia