Utusan Borneo (Sabah)

Kaji selidik ‘Respons Rakyat’ jangka BN menang PRU14

-

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dijangka menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut kaji selidik ‘Respons Rakyat’ yang dijalankan Bernama Radio baru-baru ini.

Kaji selidik yang dilaksana pada Februari dan Mac itu menunjukka­n parti yang dijangka memenangi pilihan raya itu, Barisan Nasional mendahului dengan 37 peratus diikuti Pakatan Harapan (32 peratus) dan tidak pasti (31 peratus).

Sebanyak 44.2 peratus responden menyatakan ciri-ciri parti politik yang disokong adalah mereka yang mampu memelihara agama, bangsa dan negara.

Jujur, amanah dan bersih daripada rasuah adalah kriteria utama responden dalam memilih calon pilihan raya dengan kajian itu mendapati 54.4 peratus responden mahukan calon sedemikian manakala 35.8 responden mahukan calon yang berjiwa dan mesra rakyat serta turun padang.

Kajian itu membabitka­n 1,050 responden daripada pelbagai peringkat umur yang layak mengundi, jantina, kaum, penduduk bandar dan luar bandar serta pelbagai latar belakang pekerjaan.

Menurut kajian itu, faktor penentu dalam mengundi calon pilihan raya, 33.8 peratus responden memilih parti politik berbanding personalit­i calon (26.7 peratus).

Mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), 45 peratus responden sangat setuju dan berharap ia diteruskan kerana mampu mengurangk­an kos sara hidup.

BR1M diperkenal­kan kerajaan sejak 2012 antaranya bertujuan meningkatk­an pendapatan boleh guna isi rumah dan membantu meringanka­n bebanan kos sara hidup golongan ituBernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia