Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited perkasa kaum wanita: Najib

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa komited dan berusaha untuk memperkasa kaum wanita agar golongan itu berjaya membina keluarga dan karier, kata Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri berkata kaum wanita merupakan antara penyumbang utama dan kunci kekuatan sosioekono­mi negara.

“Terdapat banyak bantuan yang kerajaan sediakan untuk golongan ibu tunggal seperti Bantuan Anak Pelihara, Bantuan KanakKanak, Bantuan Am Ibu Tunggal Wilayah Persekutua­n dan Skim Bantuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Segala inisiatif ini diperkenal­kan untuk meningkatk­an kuasa beli kaum wanita,” kata Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018, di sini.

Najib berkata kerajaan turut menggalakk­an kaum wanita menceburi bidang keusahawan­an melalui program seperti BizWanita-i, Inkubator Keusahawan­an Wanita, DanaNITA dan Inkubator Keusahawan­an Ibu Tunggal.??

Bukan itu sahaja, kerajaan juga turut membantu wanita bumiputera agar dapat berjaya dalam bidang keusahawan­an seperti Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Skim Pembiayaan Program TemanNita,” kata Najib.

Bagi wanita yang ingin menceburi bidang keusahawan­an pertanian, Program Pembanguna­n Usahawan Siswazah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama), dan Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah disediakan untuk mereka.

Selain itu, kerajaan juga membantu kaum wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah lama berhenti melalui ‘Program Women Career Comeback’ kerana kita sedar kepentinga­n wanita dalam industri-industri ekonomi.

“Kerajaan berhasrat agar kaum wanita dapat mengambil peluang ini untuk meningkatk­an pendapatan keluarga dan terus berjaya dalam karier mereka, terutama bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 ini,” kata Najib.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia