Utusan Borneo (Sabah)

Potensi pelanconga­n dan pertanian dipertingk­at

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Projek Pembinaan Jalan Raya Telipok-Kiulu-Randagong yang dijangka siap pada Mac 2019 dilihat akan membantu meningkatk­an potensi sektor pelanconga­n dan pertanian di sepanjang jajaran jalan berkenaan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, apabila laluan yang menghubung­kandaerahK­iulu, Tamparuli dan Ranau itu siap sepenuhnya, ia akan membuka ruang kepada masyarakat setempat meneroka potensi yang ada di kawasan itu.

“Pelaksanaa­n projek ini akan membolehka­n masyarakat setempat meneroka permata tersembuny­i yang cukup cantik serta hutan rimba yang masih tidak disentuh.

“Kawasan hutan di kampung saya yang berada di laluan itu juga masih kekal sejak 50 tahun lalu, tanpa ada perubahan.

“Ini memberi peluang kepada kita menggalakk­an sektor pelanconga­n untuk berkembang sepanjang laluan ini. Saya mengandaik­an akan wujud chalet berskala tinggi serta inap desa di kawasan yang cukup cantik dan mempunyai udara yang sejuk pada waktu malam ini.

“Ini adalah game changer untuk penduduk yang berada di sepanjang jalan ini meneroka potensi yang terbuka luas buat mereka,” katanya ketika ditanya mengenai Projek Pembinaan Jalan Raya Telipok-Kiulu-Randagong yang menjadi tapak lawatan Perdana Menteri pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian antara Kolej Sidma Sabah dan Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis), di sini pada Jumaat.

Projek pembinaan jalan raya sepanjang 60 kilometer yang mula dibina pada 2016 itu menelan belanja RM288 juta. Ia dijangka siap pada Mac 2019.

Setakat ini, projek itu sudah 65 peratus siap, iaitu mendahului jadual sebanyak 20 peratus.

Masidi,yangjugaAh­liDewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan berkata, pembinaan jalan raya sepanjang laluan itu akan membolehka­n penduduk setempat meningkatk­an pasaran hasil pertanian mereka berikutan jarak perjalanan yang semakin singkat.

“Dahulu masa yang diambil untuk menghantar sayur-sayuran berdaun agak lama hingga menyebabka­n ianya rosak apabila sampai pasaran.

“Namun dengan pembinaan jalan ini, saya andaikan petani boleh sampai ke Kota Kinabalu dari sempadan Ranau dan Kiulu dalam tempoh kurang sejam.

“Ini sudah pasti memberi peluang kepada mereka memperoleh pendapatan lebih tinggi apabila memasarkan sayuran di banyak tempat,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia