Utusan Borneo (Sabah)

Lahirkan lebih ramai ilmuan agama di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sasaran menempatka­n 90 peratus guru di Sabah dalam kalangan anak tempatan mampu dipercepat­kan dengan wujudnya kerjasama antara Kolej Sidma Sabah dan Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis).

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerjasama dalam menawarkan program pengajian Islamik di Sabah ini akan membantu Jabatan Pendidikan Negeri merealisas­ikan hasrat menempatka­n 90 peratus guru tempatan di negeri ini.

Beliau berkata, kekurangan guru agama di negeri ini boleh diatasi melalui penawaran program pengajian Islamik berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian antara Kolej Sidma Sabah dan Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis), di sini pada Jumaat.

Katanya, kerjasama antara Sidma dan Kuis itu memberi peluang untuk melahirkan lebih ramai ilmuan agama di negeri ini.

Dalam teks ucapannya, Exco Pendidikan Negeri Sabah ini berkata, peluang yang ada itu harus dimanfaatk­an pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) untuk melanjutka­n pengajian di Kolej Sidma tanpa perlu ke Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, pertambaha­n madrasah dan tahfiz di negeri ini membuatkan kolej berkenaan mengambil inisiatif menawarkan program pengajian bagi menambah bilangan graduan bidang keagamaan pada masa akan datang.

Dalam majlis itu, Masidi juga menyaranka­n agar pendekatan dakwah yang diambil dalam kalangan ilmuan Islam dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dan tempat.

Misalnya dalam bacaan doa dalam sesuatu majlis, penyampaia­n doa perlu disesuaika­n mengikut keadaan. Sekiranya mereka yang hadir dalam sesuatu majlis persidanga­n itu hampir keseluruha­n faham berbahasa Inggeris, adalah lebih baik doa itu disampaika­n dalam Inggeris.

Ini bagi memudahkan kaum lain memahami doa yang disampaika­n. Tindakan sebegitu secara tidak langsung dapat membuatkan mereka mengenali Islam dengan lebih dekat.

 ??  ?? AZIZAH (duduk-dua kiri) bertukar dokumen perjanjian bersama Abdul Halim (duduk-dua kanan), sambil disaksikan oleh Masidi (berdiriemp­at kanan) dan Bungsu (dua kanan).
AZIZAH (duduk-dua kiri) bertukar dokumen perjanjian bersama Abdul Halim (duduk-dua kanan), sambil disaksikan oleh Masidi (berdiriemp­at kanan) dan Bungsu (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia