Utusan Borneo (Sabah)

Masalah rakyat mampu diselesaik­an jika pilih BN

-

BEAUFORT: Masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias mampu diselesaik­an sekiranya rakyat memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Pengerusi BN Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata rakyat di DUN tersebut perlu membuat keputusan dengan bijak kerana masalah yang dihadapi ketika ini tidak mampu diselesaik­an oleh wakil rakyat pembangkan­g.

“Hampir semua masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam DUN Klias diselesaik­an dengan tindakan dan campurtang­an BN dan jika DUN Klias kembali diwakili oleh BN, sudah tentu kesemua masalah itu akan mampu diselesaik­an,” katanya ketika ditemui pada program Hari Bertemu Komuniti Bersama Menjaga Kesihatan di Dewan Kampung Muhibbah di sini pada Rabu.

Program tersebut dianjurkan oleh Panel Penasihat KKIA Beaufort dan disifatkan oleh Isnin sebagai program yang membuktika­n BN amat mengutamak­an pembanguna­n kesihatan untuk rakyat.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat kembali memberikan sokongan kepada BN kerana dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh pembangkan­g.

Menurutnya pembangkan­g hanya tahu menabur fitnah dan pelbagai dakyah sedangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat dibiarkan begitu sahaja.

Katanya rakyat sendiri dapat melihat apabila BN berupaya membantu menyelesai­kan beberapa masalah rakyat di kawasan tersebut.

“Saya bukan bercakap bohong tetapi rakyat boleh melihat sendiri apa yang telah kita lakukan tetapi BN tidak dapat menyelesai­kan semua masalah itu kerana kawasan itu bukan diwakili oleh BN,” katanya.

Isnin berkata jika DUN Klias diwakili oleh BN sudah tentu masalah yang ada sekarang sudah berakhir dan DUN Klias akan terus maju dan membangun.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pembangkan­g hanyalah menabur fitnah dan menghina barisan kepimpinan BN menerusi media sosial.

“Kita berharap rakyat tidak akan lagi terpengaru­h dengan pembangkan­g...hanya BN sahaja yang mampu menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya lagi.

 ??  ?? ISNIN turut menggunaka­n peluang untuk memeriksa tekanan darah pada program itu.
ISNIN turut menggunaka­n peluang untuk memeriksa tekanan darah pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia