Utusan Borneo (Sabah)

220 sertai program haji

Kursus Asas Haji, Program Simulasi Haji Peringkat Labuan

-

LABUAN: Kursus Asas Haji Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan anjuran Tabung Haji Labuan telah diadakan dari 3 Disember 2017 hingga 18 Mac 2018.

Kursus 17 siri diadakan pada setiap hari Ahad di Masjid Jamek An Nur telah menarik penyertaan terbanyak setakat ini iaitu 220 peserta termasuk 24 bakal haji yang tersenarai untuk menunaikan Fardhu Haji pada tahun 2018/1439 Hijrah.

Selebihnya adalah bakal-bakal haji yang dalam rayuan. Ini merupakan bilangan terbanyak sejak kursus ini diadakan sejak lima tahun lepas.

Simulasi Haji Peringkat Labuan pada tahun ini yang diadakan pada 17 dan 18 Mac 2018 adalah kemuncak kepada Kursus Asas Haji yang diadakan setiap tahun.

Majlis penutupan Program Simulasi disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Haji Isli di Dewan Syura Masjid Jamek An Nur selepas solat Subuh pada 18 Mac lalu.

Program Simulasi dimulakan di Masjid Jamek An Nur (Mekah), selepas solat Asar para jemaah dengan berpakaian ihram dibawa dengan empat buah bas menuju ke Padang Majal, Kampung Pohon Batu (Arafah) yang mana mereka dibimbing oleh Ustaz Haji Redzuan Mohd Zain dan Ustaz Haji Abdul Rahman Ahmad dan disampaika­n Khutbah Arafah.

Pengarah Tabung Haji Wilayah dari Kuala Lumpur Haji Mohammad Abas, turut hadir dan bersamasam­a menyertai Program Simulasi Haji 1439 Hijrah.

Kursus Asas Haji dan Program Simulasi Haji anjuran Tabung Haji adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Bagaimanap­un Jawatankua­sa Kursus Haji dan Program Simulasi Haji yang dipengerus­ikan oleh Sahar Misron serta Ahli Jawatankua­sa dan Sukarelawa­n Haji dengan persetujua­n para peserta membuat kutipan ikhlas tabung mingguan untuk menampung makan minum sepanjang kursus dan makan minum Program Simulasi Haji pula disumbangk­an oleh Ahli Parlimen P166 Labuan sebanyak RM5,200.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Rozman menasihatk­an bakal haji menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti sihat bagi menjamin ibadat haji di Tanah Suci dapat dilakukan dengan sempurna kelak.

Beliau juga menasihatk­an bakalbakal haji yang masih status rayuan diminta bersabar dan berdoa supaya dapat bersama-sama ke Tanah Suci sama ada pada tahun ini atau tahun akan datang.

Seramai 82 bakal haji membuat rayuan haji pada musim haji tahun ini melalui Pejabat Ahli Parlimen P166 Labuan, tidak termasuk bakal haji yang merayu terus kepada pihak Tabung Haji.

Sementara itu dalam ucapannya, Pengarah Tabung Haji Wilayah, Haji Mohammad, mengucapka­n tahniah kepada pihak Tabung Haji yang diketuai Pengurusny­a Puan Hajah Masniah Bakar dan pegawai-pegawainya serta Ahli Jawatankua­sa Kursus Haji dan Program Simulasi Haji pada tahun 1439 Hijrah ini yang berusaha keras menganjurk­an kursus dan simulasi menyamai Kursus Perdana Haji di negeri-negeri.

Kursus dan program ini memberi manfaat besar kepada umat Islam di wilayah ini.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluannya Sahar Misron, yang merupakan Pengerusi Kursus Asas Haji merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Labuan yang sentiasa menyokong program ini setiap tahun.

 ??  ?? ROZMAN (tengah jubah hitam) bersama peserta Kursus Asas Haji di Masjid Jamek An- Nur.
ROZMAN (tengah jubah hitam) bersama peserta Kursus Asas Haji di Masjid Jamek An- Nur.
 ??  ?? BAKAL hajah menghadiri simulasi haji di Padang Majal, Kampung Pohon Batu.
BAKAL hajah menghadiri simulasi haji di Padang Majal, Kampung Pohon Batu.
 ??  ?? BAKAL haji khusyuk mendengar taklimat haji.
BAKAL haji khusyuk mendengar taklimat haji.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta kursus pada majlis penutupan.
SEBAHAGIAN peserta kursus pada majlis penutupan.
 ??  ?? USTAZ Redzuan mengendali­kan kursus haji.
USTAZ Redzuan mengendali­kan kursus haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia