Utusan Borneo (Sabah)

Pesron Sabah sertai Kejohanan Para Badminton Kebangsaan Sirkit 1

-

KOTA KINABALU: Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (Pesron Sabah) telah menghantar atlet OKU Sabah menyertai Kejohanan Para Badminton Kebangsaan Sirkit 1 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur bermula Khamis (22 Mac) dan akan berakhir pada 25 Mac ini.

Pesron berkerjasa­ma dengan pihak Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Majlis Sukan Negara Negeri Sabah dan Institut Sukan Negara Sabah.

Presiden Pesron Sabah Tan Hwa Koon dalam satu kenyataand­isinimembe­ritahu, jurulatih yang terlibat di dalam Kejohanan Sirkit 1 ini ialah Ag Hazierul Ag Daud, Didin Taresoh, pemenang pingat emas pada 9th Para Asean Games 2017 dan juara Para Badminton World Championsh­ip 2015 juga tersenarai untuk kejohanan ini.

“Manakala senarai atlet OKU lain yang terpilih adalah Didin Taresoh dari Ranau, Shah Rizan Daud (Tawau), Shahril Sieus (Kota Belud), Hamid Bukuroh (Kota Belud) dan Rahim Tinggal dari daerah Tenom.

Menurutnya, sempena Kejohanan Sirkit 1 ini juga Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah telah menyumbang­kan reket badminton kepada semua atlet OKU yang berdaftar di bawah naungan Pesron Sabah dan pernah mewakili sukan para badminton sama ada di dalam atau di luar negeri.

Katanya, tahun 2018 akan menyaksika­n acara Larian Amal Pesron 2018 yang julung kalinya diadakan pada 15 Julai 2018, sempena menyambut ulangtahun Pesron Sabah yang ke-9 tahun, bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftara­n, sila hubungi talian 016-8322891.

Katanya, kepada syarikatsy­arikat korporat yang ingin menyumbang kepada pembanguna­n Atlet OKU melalui Pesron Sabah bolehlah menghubung­i wakil Persatuan Puan Normala Othman di talian 012-8302205.

 ??  ?? ATLET para badminton negeri Sabah bersama Tan, Normala Othman dan Bolodin Salinsig.
ATLET para badminton negeri Sabah bersama Tan, Normala Othman dan Bolodin Salinsig.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia