Utusan Borneo (Sabah)

566 peserta jayakan Larian Trail Taman Burung Labuan 2018

-

LABUAN: Seramai 566 peserta dari Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan Larian Trail Taman Burung Labuan 2018 yang diadakan di pekarangan Taman Burung Labuan, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias melepaskan peserta larian tersebut yang dianjurkan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Labuan dengan kerjasama JHK Events.

Turut hadir, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Hajah Fauziah Datuk Mohd Din, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Marysia James Abie dan Pengurus JHKN Events Jamil Haji Kario.

Dr Marysia berkata, larian yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk mendedahka­n kepada orang ramai mengenai pelbagai spesies burung yang terdapat di Taman Burung Labuan.

Katanya, ia juga sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran mengenai aktiviti pemulihara­an burung di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan ceria.

“Setiap peserta yang menyertai larian secara langsung telah menyumbang sebanyak RM3 kepada Pusat Aktiviti Pemulihara­an Taman Burung Labuan,”katanya.

Beliau yakin menerusi program itu, lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjung­i Taman Burung Labuan sekaligus menjana ekonomi dan merancakka­n lagi industri pelanconga­n tempatan.

Sementara itu, Safrey Sumping dari Sabah muncul juara kategori Lelaki Terbuka selepas menamatkan larian sejauh 8 kilometer untuk menerima hadiah wang tunai RM500, medal dan barangan berupa aksesori Karrimor.

Tempat kedua diraih peserta tuan rumah, Kamarul Iqwan Asiran sekaligus menerima wang tunai RM300, medal dan aksesori Karrimor.

Seorang lagi pelari dari Sabah, Ananias Makim menerima RM200 dan aksesori Karrimor serta medal selepas menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori Wanita Terbuka, juara menjadi milik pelari dari Labuan, Stela Suip dan menerima hadiah wang tunai RM500, aksesori Karrimor dan medal.

Naib johan Santi Bahar juga dari Labuan dan menerima RM300, aksesori Karrimor dan medal.

Peserta dari Brunei Darussalam, Bay Luke memenangi tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM200, aksesori Karrimor dan medal.

 ??  ?? BASHIR (dua kiri) menyerahka­n sumbangan hasil daripada kutipan RM3 oleh para peserta kepada Marysia sambil diperhatik­an Jamil dan Fauziah.
BASHIR (dua kiri) menyerahka­n sumbangan hasil daripada kutipan RM3 oleh para peserta kepada Marysia sambil diperhatik­an Jamil dan Fauziah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Larian Trail Taman Burung Labuan 2018.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Larian Trail Taman Burung Labuan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia