Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bertemu Brunei B-21 Isnin depan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad senior Sabah merancang mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan bagi mengisi rehat panjang saingan Liga Premier.

Skuad kendalian Jelius Ating (gambar) hanya akan meneruskan cabaran Liga Premier pada 10 April selepas aksi terakhir menentang MISC-MIFA di tempat lawan pada 12 Mac lalu.

Jelius berkata, antara pengisian perlawanan pemanas badan itu adalah menentang skuad bawah 21 tahun Brunei pada Isnin depan (26 Mac).

“Pasukan B-21 Brunei akan datang ke Kota Kinabalu untuk bertemu dengan kita dan saya juga difahamkan mereka (Brunei) kini sedang mempersiap­kan skuad muda mereka itu bagi menghadapi Sukan Sea akan datang.

“Kita juga akan mengambil peluang dalam aksi persahabat­an ini untuk mengenal pasti seterusnya mengatasi kelemahan kita yang masih ada,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, beberapa lagi perlawanan persahabat­an sedang dirancang termasuk dengan sebuah pasukan yang lebih kompetitif.

“Memang kita sedang merancang, termasuk kalau boleh kita ke Semenanjun­g (Malaysia) untuk bertemu dengan pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (LigaM) di sana dan jika tidak pun, kami mungkin akan menjemput mereka datang ke sini.

“Memang sukar untuk kita mencari perlawanan kompetitif di sini berbanding di semenanjun­g dan jika ianya tidak berlaku (perlawanan dengan pasukan Liga-M) kita terpaksala­h mencari kelab-kelab tempatan di sini,” kata jurulatih berusia 47 tahun itu.

Beliau berkata, skuad kendaliann­ya itu kini menjalanka­n latihan seperti biasa bagi mengekalka­n kecergasan mereka untuk menghadapi perlawanan akan datang bermula menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 10 April depan.

“Kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan, cuma kita akan kehilangan khidmat Maffry Balang pada aksi akan datang kerana beliau bakal menjalani penggantun­gan perlawanan,” katanya.

Sabah kini di kedudukan kedua selepas mengumpul sembilan mata daripada lima perlawanan dengan rekod dua menang dan tiga seri.

Di tangga teratas adalah Felda United dengan 15 mata manakala di bawah Sabah adalah UiTM yang juga telah mengumpul sembilan mata tetapi dijarakkan dengan Sabah oleh perbezaan jaringan manakala Sarawak di tangga keempat dengan lapan mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia