Utusan Borneo (Sabah)

Tawau kekal di tangga teratas

Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga MSS Sabah 2018

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tambahan lima pingat emas melebarkan jarak Tawau di tangga teratas carta kutipan pingat pada hari ketiga Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga MSS Sabah 2018 di Stadium Likas pada Jumaat.

Tawau telah mengumpul keseluruha­n 15 emas, tujuh perak dan dua gangsa meninggalk­an Keningau di tangga kedua dengan 11 emas, 10 perak dan empat gangsa manakala Ranau di tangga ketiga dengan tujuh emas, lapan perak dan 12 gangsa.

Menariknya, Tawau bukan sahaja menang lima daripada 22 pingat emas yang ditawarkan pada Jumaat tetapi merangkul tiga daripadany­a dengan rekod baru kejohanan.

Pemecah rekod 200m lari berpagar perempuan 15 tahun ke bawah pada Khamis, Halimatul Saadiah sekali lagi mencuri tumpuan apabila turut memperbaha­rui rekod acara 100m lari berpagar pada Jumaat.

Halimatul mencatat kepantasan 14.77s memadamkan rekod lama 15.27s miliknya sendiri tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi Vianey Banu Junin (Sipitang 15.25s) manakala tempat ketiga Amy Sherra Polinos (Ranau - 16.92s).

Kem Tawau juga diceriakan dengan kecemerlan­gan Amirul Yusof dan Nur Amirah Qistina Daimapabil­aturutmeme­cahkan rekod acara 80m lari berpagar lelaki dan perempuan 12 tahun ke bawah.

Amirul mencatat 11.53s memadamkan rekod 12.01s yang dilakukan Alvinshah Ziqryzam Paul (Lahad Datu) semasa pusingan kelayakan. Pada acara akhir, Alvin hanya berpuas hati berada dikeduduka­n ketiga dengan catatan 12.10s manakala tempat kedua dimenangi Mohammad Nizam (Kunak - 12.09s).

Nur Amirah pula mencatat 13.,47s memadamkan rekod lama 13.49s milik Amy Sherra Polinos pada 2017. Tempat kedua dimenangi Evenny Grace Ignatius (Keningau - 14.14s) manakala ketiga Naura Nurul Fatihah Suleman (Tawau 14.39s).

Tawau juga juara melempar cakera lelaki 18 tahun ke bawah menereusi Mirach Han dan 110m lari berpagar lelaki 15 tahun kebawah menerusi Mohammad Khairul Nizam.

Tiga rekod baru oleh atlet Tawau itu adalah antara lima rekod baharu yang dicatatkan.

Turut mencatat rekod baru adalah Puteri Nur Safirah Gajali (Beaufort) dalam acara 400m perempuan 18 tahun ke bawah dengan catatan 1:01.33s memadamkan rekodnya sendiri 1:02.42s yang dilakukann­ya semasa pusingan kelayakan.

Tempat kedua dimenangi Jamilah Saparuddin (Tawau - 1:02.92s) manakala ketiga Petronella Lisong (Tuaran - 1:03.20s).

Mohamad Azri Piorasa (Kudat) pula memecahkan rekod acara 400m lelaki 15 tahun ke bawah dengan catatan 52.68s memadamkan rekod lama 52.87s milik Mohd Azmir Abdul Rahman tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi Mohd Nur Azizi Julaisin (Ranau - 53.24s) manakala ketiga Mohd Sahasyraf Mohd Jinan (Beaufort - 53.41s).

Kejohanan itu berakhir hari ini dengan sekitar 20 pingat emas lagi menjadi rebutan.

 ?? Gambar ihsan Rozlee Idris ?? HALIMATUL (bertudung) mendahului seterusnya menamatkan acara 100m lari berpagar perempuan 15 tahun ke bawah dengan rekod baharu.
Gambar ihsan Rozlee Idris HALIMATUL (bertudung) mendahului seterusnya menamatkan acara 100m lari berpagar perempuan 15 tahun ke bawah dengan rekod baharu.
 ??  ?? JUARA 110m lari berpagar lelaki 15 tahun ke bawah, Mohammad Khairul.
JUARA 110m lari berpagar lelaki 15 tahun ke bawah, Mohammad Khairul.
 ??  ?? AKSI gembira Nur Amirah selepas menamatkan acara 80m lari berpagar perempuan 12 tahun ke bawah.
AKSI gembira Nur Amirah selepas menamatkan acara 80m lari berpagar perempuan 12 tahun ke bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia