Utusan Borneo (Sabah)

Piala Belia: Raih semaksima mungkin mata, kata Azman

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Sabah memburu semaksima mungkin mata apabila meneruskan cabaran pada saingan Kumpulan A liga Piala Belia dengan empat perlawanan berturuttu­rut di tempat lawan bermula menentang Perak PKNP FC esok.

“Setiap mata penting. Kami akan mengaharun­gi empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan dan kalau boleh kita mahu menang semua perlawanan itu.

“Bukan mudah tetapi kita akan fikirkan perlawanan itu satu persatu dan saya mahu pemain ada sikap dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan,” kata pengurus pasukan Azman Mastar ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, banyak usaha telah dilakukan dan pemain juga telah berkerja keras dalam latihan persiapan.

“Pasukan juga akan diperkuatk­an dengan lima pemain dari skuad bawah 21 tahun (Piala Presiden dan kita juga telah cuba memperbaik­i setiap kelemahan yang telah dikenalpas­ti pada dua perlawanan sebelum ini,” katanya.

Lima pemain Piala Presiden yang akan berangkat bersama pasukan hari ini adalah Joslan Aping (penjaga gol), Mohd Hizaz Lokman (penyerang), Mohd Syukri Baharun (tengah), Mohd Syamil Nizam Igbal Khan dan Gerald Gadit (pertahanan).

“Kami juga telah memberi penekanan kepada tindakan penyudah dengan mengadakan Program Teknik Menjaringk­an Gol Bersama Bekas Penyerang Kebangsaan Datuk Hassan Sani. Saya harap usaha-usaha ini akan cepat menampakka­n hasil,” kata Azman sambil berterima kasih kepada lagenda bola sepak negara itu kerana sudi membantu dan menurunkan ilmunya.

Skuad bimbingan Mohd Aiyyman Johnny Abdullah itu kini di kedudukan kesembilan dalam kalangan 11 pasukan selepas hanya mengutip tiga mata dari dua perlawanan setakat ini.

Mereka menang 2-1 ke atas Felda pada perlawanan pertama di tempat lawan tetapi kecundang 4-0 di tangan SSMP-AMD Cougars B16 pada perlawanan kedua di tempat sendiri.

Selepas menentang PKNP esok, skuad muda Sabah akan terus kekal di Semenanjun­g untuk tiga lagi perlawanan iaitu menentang Selangor (28 Mac), SSBJ B16 (1 April) dan Pahang (4 April).

 ??  ?? AZMAN (dua dari kiri) dan pegawai-pegawai skuad bawah 19 tahun bersama ketua jurulatih skuad senior Sabah, Jelius Ating (tiga dari kiri) yang turut datang menyaksika­n dan memberikan sokongan moral kepada pemain muda.
AZMAN (dua dari kiri) dan pegawai-pegawai skuad bawah 19 tahun bersama ketua jurulatih skuad senior Sabah, Jelius Ating (tiga dari kiri) yang turut datang menyaksika­n dan memberikan sokongan moral kepada pemain muda.
 ??  ?? HASSAN (kanan) sedang memberi tunjuk ajar kepada pemain semasa persiapan terakhir pasukan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat.
HASSAN (kanan) sedang memberi tunjuk ajar kepada pemain semasa persiapan terakhir pasukan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat.
 ??  ?? HASSAN dan Aiyyman memberi taklimat kepada pemain.
HASSAN dan Aiyyman memberi taklimat kepada pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia