Utusan Borneo (Sabah)

Wirajaya tewas tipis aksi persahabat­an berdepan LLS

Jaringan Wilfred Young ceriakan Pasukan LSS

-

KOTA KINABALU: Kealpaan benteng pertahanan Kelab Wirajaya yang dikemudi oleh Guntur, Sahiran, Bryan dan Majid membawa padah apabila penyerang sensasi pasukan Lembaga Sukan Sabah (LSS) Wilfred Young dapat meloloskan diri dari tiga pertahanan lawan sekaligus menghukum dengan jaringan voley pada minit-minit akhir perlawanan (m89) untuk menewaskan Wirajaya 4-3 dalam perlawanan persahabat­an di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada Khamis.

Pujian juga harus diberi kepada Pengurus Besar LSS Datuk Penyuki Matta yang turut sama beraksi dalam kesebelasa­n utama sekaligus menjaringk­an gol pembukaan untuk pasukan LLS minit ke 5 selain jaringan dari Alfred Bily dari jarak 25 meter minit ke 30 dan TomAmir my Ketua Pemud a Upko Belu- ran minit ke 43 yang menambah duka pasukan Wirajaya dengan ketinggala­n 3-0 pada separuh masa pertama. Tersentak dengan jaringan itu, Wirajaya melancarka­n serangan balas pada masa kedua dan Sidek Moksin tidak mensiasiak­an peluang untuk merembat masuk minit ke 50 hasil hantaraan Ali.

Selain itu Abd. Wahid mencipta gol kedua Wira Jaya minit ke 60 dan larian solo Salleh Hj.Suhaili dari tengah padang membuahkan hasil pada minit ke 80 untuk kedudukan 3 sama.

Impian Wirajaya untuk mengam- bil keputusan seri tidak kesampaian apabila WilYoung fred menghampak­an penyokong Wira Jaya dengan menjaringk­an gol minitminit akhir perlawanan yang berkesudah­an LLS menang 4-3. Menurut Penyuki, tujuan utama diadakan perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai rangkaian untuk sama-sama mengisi masa lapang yang berfaedah dengan beriadah selain sebagai jambatan perpaduan dan silaturahi­m bersama pemain dari kedua-dua pasukan . Selain itu katanya, program seumpama ini juga merupakan platform terbaik untuk memberikan kesihatan, kecerdasan fizikal dan mental selain memberikan impak positif terutama di kalangan warga veteran agar sihat sepanjang masa. Di akhir perlawanan Wilfred Young dianugerah­kan Pemain Terbaik sepanjang perlawanan dan Anthoneus dianugerah­kan sebagai Pemain Berbakat.

 ??  ??
 ??  ?? SIDEK Moksin (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Penyuki.
SIDEK Moksin (tiga kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Penyuki.
 ??  ?? PENGURUS Wirajaya Ag.Damit @ Buchu merakamkan gambar bersama Tommy.
PENGURUS Wirajaya Ag.Damit @ Buchu merakamkan gambar bersama Tommy.
 ??  ?? PEMAIN Berbakat Anthoneus (dua kiri) merakamkan gambar bersama rakan sepasukan.
PEMAIN Berbakat Anthoneus (dua kiri) merakamkan gambar bersama rakan sepasukan.
 ??  ?? PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Masri, Pegawai Disipli (berdiri, enam kanan).
PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar sebelum perlawanan. Masri, Pegawai Disipli (berdiri, enam kanan).
 ??  ?? PENJARING gol LLS (dari kanan) Tommy, Alfred, Penyuki dan Wilfred.
PENJARING gol LLS (dari kanan) Tommy, Alfred, Penyuki dan Wilfred.
 ??  ?? PASUKAN Lembaga Sukan Sabah.
PASUKAN Lembaga Sukan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia