Utusan Borneo (Sabah)

Jonathan tumpu kemahiran menembak

Sebagai persiapan menjelang temasya Sukan Komanwel 2018

-

KUALA LUMPUR: Berbaki 12 hari sebelum temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, membuka tirai pada 4 April ini, atlet menembak negara, Johnathan Wong Guanjie kini lebih memberi fokus terhadap kemahirann­ya.

Olimpian negara yang bakal membuat penampilan kedua dalam temasya itu berkata pada saat akhir ini, apa yang perlu dititikber­atkan adalah kemahiran menembak agar tidak berlaku kesilapan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan akhir ketika pertanding­an nanti.

“Setakat ini latihan berjalanla­ncar,bulanlepas kita telah jalani latihan yang memberi tumpuan kepada meningkatk­an kekuatan, jadi saat akhir ini saya tekankan kepada peningkata­n teknik pula,” katanya pada sidang media Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN), di sini, pada Jumaat.

Jonathan yang mencipta kejutan pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan menewaskan juara Olimpik Rio, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam itu, meletakkan sasaran peribadi untuk meraih pingat tanpa mengira warna pada penganjura­n Sukan Komanwel kali ini.

Beliau yang akan bertanding dalam dua acara iaitu 10 meter pistol angin lelaki dan 50 meter pistol lelaki, berharap pengalaman beraksi di Glasgow sebelum ini memberi keyakinan dan peluang besar kepadanya untuk mencapai sasaran.

Johnathan mengakui tidak rasa tertekan untuk beraksi di Sukan Komanwel Gold Coast walaupun bakal bersaing dengan atlet menembak dari India yang mempunyai ranking lebih tinggi dan juga sandaran pihak luar yang menyasarka­n pingat buat kontinjen.

“Saya rasa yakin dengan diri dan juga pasukan saya tapi untuk diri sendiri, saya perlu beri penekanan kepada prestasi. Sasaran pihak luar tidak akan menjejaska­n prestasi dan semangat saya,” katanya yang turut tersenarai sebagai penembak tunggal negara dalam Program Podium itu. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? JONATHAN bergambar selepas sidang media mengenai persediaan beliau ke Sukan Komanwel di Institut Sukan Negara pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA JONATHAN bergambar selepas sidang media mengenai persediaan beliau ke Sukan Komanwel di Institut Sukan Negara pada Jumaat.
 ??  ?? SERAH BENDERA: Kontinjen Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) bersiap sedia untuk beraksi sempena Kejohanan Sukan Gemaputera Ke VX Perlis pada 28 hingga 31 Mac ini. Sebanyak enam acara bakal disertai pasukan Sedco termasukla­h bola jaring,...
SERAH BENDERA: Kontinjen Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) bersiap sedia untuk beraksi sempena Kejohanan Sukan Gemaputera Ke VX Perlis pada 28 hingga 31 Mac ini. Sebanyak enam acara bakal disertai pasukan Sedco termasukla­h bola jaring,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia