Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi SMK Beluran membanggak­an

Catat GPS 2.83 STPM 2017 kekalkan rekod lulus 100 peratus tiga tahun berturut-turut

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran mencatat prestasi cemerlang yang membanggak­an apabila berjaya mengekalka­n kelulusan 100 peratus selama tiga tahun berturuttu­rut dalam peperiksan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Pengetua SMK Beluran Nor Aslam Mano Abdullah berkata dalam peperiksaa­n STPM yang diumumkan baru-baru ini, SMK Beluran sekali lagi mencatat rekod cemerlang dengan mencatat kelulusan 100 peratus apabila kesemua 71 calonnya lulus sekurang-kurangnya satu Prinsipal.

Katanya, ia merupakan tahun ketiga berturuttu­rut SMK Beluran berjaya memperoleh kelulusan 100 peratus bermula dari tahun 2015 sehingga 2017.

“Kejayaan ini membuktika­n bahawa pelajar dari sekolah luar bandar juga mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang berada di sekolah bandar.

“Tanpa komitmen dan usaha keras guru-guru dan pelajar, agak sukar untuk sekolah mengekalka­n rekod tersebut,” katanya.

Menurutnya, pencapaian cemerlang itu dihasilkan atas segala usaha dan komitmen pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang memberikan hasil yang cukup membanggak­an khususnya kepada warga pendidikan di daerah Beluran dan di negeri Sabah amnya.

Nor Aslam menjelaska­n, SMK Beluran mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 2.83 dan berada dalam ranking ketujuh di negeri Sabah dalam kalangan 10 sekolah terbaik yang mempunyai jumlah calon STPM kurang daripada 99 orang.

Katanya, walaupun GPS tahun lepas menurun sedikit sebanyak 0.04 berbanding tahun 2015 (2.88) dan 2016 (2.92), keupayaan sekolah untuk mengekalka­n kelulusan penuh perlu dibanggaka­n, apatah lagi latar belakang calon-calonnya hanya memiliki pencapaian sederhana sebelum ini.

Dua pelajar STPM 2017 SMK Beluran iaitu Nurhidayah Takmad dan Muhammad Zamrie Sait muncul pelajar terbaik apabila masing-masing memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 3.75.

Nurhidayah memperoleh

“Tanpa komitmen dan usaha keras guru-guru dan pelajar, agak sukar untuk ” sekolah mengekalka­n rekod tersebut NOR ASLAM MANO ABDULLAH Pengetua SMK Beluran

2A 1A- dan 1B+ untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Syariah,Sejarahdan­Pengajian Am, manakala Muhammad Zamrie memperoleh A bagi Bahasa Melayu dan Ekonomi, A- bagi Pengajian Am dan B+ untuk Sejarah.

Pada tahun 2016, SMK Beluran telah berjaya melahirkan seorang pelajar paling cemerlang yang memperoleh­PNGK4.00iaitu Maslianah Jimis, manakala Iby Glyline Gabriel muncul pelajar terbaik 2015 dengan PNGK 3.92.

Kedua-duanya kini sedang melanjutka­n pelajaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu.

Sementara itu, mantan Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Beluran, Rayner Marcus memberitah­u pelbagai program yang diatur oleh pihak pengurusan Tingkatan 6 banyak membantu melonjakka­n keputusan STPM di sekolah itu.

“Salah satunya ialah program ‘Dialog Prestasi Bersama Ibu Bapa’ yang membabitka­n kerjasama pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar sejak keputusan Penggal 1 diumumkan.

“Ternyata program tersebut banyak melonjakka­n keputusan pelajar-pelajar yang gagal dalam Penggal 1 untuk menyerlah dalam Penggal 2 dan Penggal 3,” ujarnya.

Katanya, program lain seperti Quality A (QA), Program Intervensi Menggilap Permata dan Mula Untuk Exra Training (MuET) turut menjadi penyumbang kepada kecemerlan­gan keputusan tersebut.

Beliau menjelaska­n, selain dapat mengekalka­n kelulusan 100 peratus, lima mata pelajaran turut memperoleh kelulusan 100 peratus dalam STPM 2017 iaitu Ekonomi, Sejarah, Pengajian Perniagaan, Geografi dan Seni Visual.

Menurutnya, pihak sekolah mengharapk­an kejayaan mengekalka­n rekod cemerlang dalam STPM dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus melonjakka­n nama baik SMK Beluran dan daerah Beluran amnya.

Dua daripada enam sekolah menengah di daerah Beluran iaitu SMK Beluran dan SMK Pamol mempunyai kelas Tingkatan 6 atau praunivers­iti.

 ??  ?? NUR Hidayah (PNGK 3.75) pelajar terbaik STPM 2017 SMK Beluran menerima sijil penghargaa­n disampaika­n YDP PIBG SMK Beluran sambil diiringi Rayner Marcus (dua kanan).
NUR Hidayah (PNGK 3.75) pelajar terbaik STPM 2017 SMK Beluran menerima sijil penghargaa­n disampaika­n YDP PIBG SMK Beluran sambil diiringi Rayner Marcus (dua kanan).
 ??  ?? MASLINAH Jimis (PNGK 4.0) pelajar terbaik STPM 2016 SMK Beluran.
MASLINAH Jimis (PNGK 4.0) pelajar terbaik STPM 2016 SMK Beluran.
 ??  ?? MOHD. Zamrie Sait (PNGK 3.75) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n YDP PIBG SMK Beluran.
MOHD. Zamrie Sait (PNGK 3.75) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n YDP PIBG SMK Beluran.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar terbaik STPM 2017 SMK Beluran.
SEBAHAGIAN pelajar terbaik STPM 2017 SMK Beluran.
 ??  ?? IBY Glyline Gabriel (PNGK 3.92) pelajar terbaik STPM 2015 SMK Beluran.
IBY Glyline Gabriel (PNGK 3.92) pelajar terbaik STPM 2015 SMK Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia