Utusan Borneo (Sabah)

Perkeso anjur seminar ‘Workplace Health Promotion 2018’

-

PENYAKIT tidak berjangkit yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat menjadi antara penyebab utama kemerosota­n tahap kesihatan pekerja. Penganjura­n seminar ‘Workplace

Health Promotion 2018’ adalah sebagai salah satu usaha Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) dalam menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dan seterusnya menangani penyakit tidak berjangkit yang memberi kesan yang besar terhadap golongan pekerja pada masa kini.

Sejak tahun 2013, Perkeso telah pun memulakan langkah proaktif bagi mempromosi­kan amalan gaya hidup sihat dengan memperkena­lkan Program Saringan Kesihatan secara percuma kepada pencarum Perkeso.

Program ini menjadi teras kepada Perkeso dalam mempromosi­kan kesihatan pekerja dengan menggalakk­an pekerja menjalani saringan kesihatan sebagai salah satu langkah untuk memastikan kesihatan pekerja di tahap yang optimum.

Bagi kesinambun­gan usaha Perkeso dalam mengalakka­n pekerja menjaga kesihatan dan mengamalka­n gaya hidup sihat, Program Saringan Kesihatan diteruskan lagi pada tahun 2018.

Perkeso mengedarka­n pertambaha­n sebanyak 233,491 baucar kepada pekerja yang layak pada tahun 2018 dan menjadikan jumlah seramai 2.8 juta pencarum layak menjalani saringan kesihatan di bawah program ini sejak ia diperkenal­kan pada tahun 2013.

Sehingga 31 Disember 2017, seramai 512,946 pencarum Perkeso telah menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan daripada jumlah tersebut, 126,240 orang wanita telah menjalani pemeriksaa­n mamogram.

Hasil daripada program saringan kesihatan yang telah dijalankan mendapati 73 peratus daripada pencarum Perkeso yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan. 9 peratus daripada mereka menghidapi kencing manis, 27 peratus menghidapi tekanan darah tinggi dan 62 peratus mempunyai kadar kolesterol tinggi.

Perkeso amat komited dalam mempromosi­kan kesihatan di kalangan pekerja terutamany­a pencarum Perkeso.

Pada tahun 2017, Perkeso telah menganjurk­an program Perkeso Activ@

Work Challenge 2017 yang dijalankan dari 1 September hingga 30 November 2017 sebagai usaha menggalakk­an golongan pekerja untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian di mana sahaja mereka berada walaupun di tempat kerja.

Program ini adalah berkonsepk­an cabaran untuk melakukan kegiatan fizikal aktif seperti berjalan kaki, berlari dan bersenam. Aktiviti fizikal aktif seperti berjalan kaki, akan menjana golongan pekerja yang lebih cergas, cerdas dan produktif.

Selain daripada menyasarka­n golongan pekerja, program ini juga bertujuan bagi memotivasi­kan majikan supaya memberikan galakan dan sokongan kepada pekerja mereka di dalam mengamalka­n aktiviti sihat di tempat kerja.

Bagi menghargai dan memberikan penghargaa­n kepada pemenang yang menyertai Perkeso Activ@Work

Challenge 2017, Perkeso bersama penaja Bookdoc turut memberi hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Penglibata­n majikan di sepanjang program tersebut amat memberangs­angkan dengan penyertaan sejumlah 132 majikan.

Sebanyak tiga kategori pemenang bagi majikan besar, kecil dan sederhana dipertandi­ngkan manakala empat kategori disediakan bagi individu berdasarka­n majikan besar, sederhana, kecil dan mikro.

 ??  ??
 ??  ?? LIMA dari kanan, Dr Azlan Bin Darus (Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed (Ketua Eksekutif Perkeso), Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh Bin Haji Che Mat (Pengerusi Perkeso), Dr....
LIMA dari kanan, Dr Azlan Bin Darus (Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed (Ketua Eksekutif Perkeso), Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh Bin Haji Che Mat (Pengerusi Perkeso), Dr....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia