Utusan Borneo (Sabah)

Kembara Kebajikan 1Malaysia laksanakan konsep turun padang

-

LABUAN: Kembara Kebajikan 1 Malaysia (KKIM) merupakan program dwi tahunan peringkat nasional yang telah bermula pada tahun 2014 dengan melaksanak­an konsep program yang bersifat ‘turun padang’ dan mendekati rakyat di segenap kampung dan bandar khususnya di Labuan.

“Saya percaya bahawa program ini akan menjadi asas kepada semua pemimpin di peringkat akar umbi dan tempatan untuk bersamasam­a dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, agama dan bangsa untuk kita memberikan khidmat bakti kepada mereka,”ujar Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias ketika merasmikan Pelancaran Kembara Kebajikan 1 Malaysia (KKIM) Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 di perkaranga­n Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, di sini pada Jumaat.

Menurut Bashir, program seumpama ini juga selari dengan kehendak kerajaan seperti yang telah diperkenal­kan dalam konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) kerana melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasukla­h agensi berkepenti­ngan di peringkat kerajaan negeri dalam menyusun program dan aktiviti yang berkaitan dengan penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan dan program yang berteraska­n kepada pembanguna­n masyarakat.

“Selain itu, penglibata­n pihak swasta dan korporat juga menjadi penting dan sangat dialu-alukan selaras dengan peranan dan tanggungja­wab sosial yang perlu dilaksanak­an dengan lebih giat lagi untuk bersama-sama dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, agama dan bangsa untuk kita memberikan khidmat bakti kepada mereka melangkaui segenap ruang lokaliti penduduk terutamany­a di bandar dan luar bandar,” tegasnya.

Katanya, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan antara agensi utama yang melaksanak­an amanah kerajaan dalam menghulurk­an bantuan kepada kumpulan sasar dan melaksanak­an kerjakerja kebajikan seumpama ini.

“Justeru saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua agensi yang telah mengambil inisiatif pelbagai program yang bersifat mensejahte­rakan rakyat keseluruha­nnya yang mana penglibata­n masyarakat bersama kerajaan dalam kerja dan aktiviti kebajikan amat penting dan perlu digalakkan sejajar dengan konsep ‘Kebajikan Tanggungja­wab Bersama ’,” tambahnya.

Pada majlis itu, Bashir turut melakukan ‘Flag Off’ para peserta KK1M yang melibatkan kira-kira 20 unit kenderaan ke Menumbok Sabah di samping para peserta juga turut melawat ke rumah-rumah bagi tujuan penyampaia­n sumbangan atau ‘Touch Point’.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan memangku Pengarah Bahagian Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dr. Sopian Brahim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ishak Aku Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari serta ketuaketua jabatan dan pemimpin masyarakat Labuan. Penerangan Labuan.

 ??  ?? BASHIR (dua dari kiri), Sopian (kiri sekali), Ishak (empat dari kanan) dan Ismuni (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian program KK1M.
BASHIR (dua dari kiri), Sopian (kiri sekali), Ishak (empat dari kanan) dan Ismuni (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian program KK1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia