Utusan Borneo (Sabah)

Eksploitas­i kanak-kanak demi politik tindakan keterlalua­n

-

MIRI: Tindakan ahli politik mengeksplo­tasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan demi kepentinga­n politik dan peribadi dianggap amat tidak wajar dan keterlalua­n.

Mengulas isu itu, Setiausaha Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin Erick Chin berkata, mengheret sama kanak-kanak kerana perbezaan pendapat bukan cara yang betul untuk dicontohi daripada seorang pemimpin.

Beliau berkata, mereka seharusnya tidak mencampur aduk dunia politik dan pendidikan khususnya melibatkan golongan pelajar dan kanakkanak.

“Seseorang harus ada batasan jika melibatkan diri dalam politik.

“Kanak-kanak memerlukan persekitar­an pembelajar­an yang sihat dan bahagia, bukannya terlalu awal mendedahka­n mereka dengan dunia politik yang rumit dan bukannya mengajar mereka untuk membenci orang lain,” tegasnya.

Erick berkata demikian mengulas dakwaan mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang LimGuanEng­yangmenyem­ai kebencian politik kepada kanak-kanak dengan menari dan mengejek dasar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) di Pusat Tuisyen Rakyat, Pulau Pinang barubaru ini.

Tindakan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu disebarkan menerusi video berdurasi 32 saat yang ditularkan dalam media sosial.

Pelajar harus disemai semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam pelajaran sehingga ke peringkat menara gading, katanya sambil menambah, pendidikan yang positif akan membantu membentuk masyarakat bersatu padu dan maju.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia