Utusan Borneo (Sabah)

KFC lancar KFC Zinger Cheezilla terbaru

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru KFC Zinger Cheezilla.

Produk unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjika­n pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilka­n kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.

Ia pasti membebaska­n diri dan selera sesiapa sahaja dengan kenikmatan­nya.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia,Ling Mee Jiuan, berkata, Burger Zinger kami sememangny­a sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar KFC.

“Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenal­kan sebelum ini.

Zinger Cheezillad­i bawakan khas buat mereka yang mengingink­an burger luar biasa yang dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan.

“Di samping mengekalka­n ciri utama KFC iaitu ayam goreng, kami berinovasi dari masa ke semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu kami.

“Zinger Cheezilla adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nantinanti­kan. Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat,” katanya.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula daripada RM13.50. Pelanggan juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangka­n bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

Dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc. com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia