Utusan Borneo (Sabah)

700 penunggang motosikal isi minyak percuma

-

LABUAN: Kira-kira 700 penunggang motosikal berkuasa 150 cc ke bawah tidak melepaskan peluang mengisi minyak secara percuma di Stesen Minyak Petronas Durian Tunjong, baru-baru ini.

Program anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen P166 Labuan Datuk Rozman Datuk Isli.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pemuda BN Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Menurut Mohd Rafi, setiap kali pihaknya menganjurk­an program itu, golongan muda berpusu-pusu bukan sahaja untuk mengisi minyak tetapi juga berpeluang beramah mesra dengan Ahli Parlimen Labuan.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n berkata program itusentias­amendapats­ambutan yang menggalakk­an daripada penunggang motosikal berkuasa 150 cc ke bawah.

“Menerusi program itu, Ahli Parlimen Labuan dapat meluangkan masa beramah mesra dengan golongan muda yang memiliki motosikal berkuasa 150 cc ke bawah. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap program anjuran Pemuda BN Labuan,”katanya.

Mohd Rafi yakin menerusi program murni itu, golongan muda akan dapat menilai keprihatin­an kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah katanya, kepimpinan di peringkat Wilayah Persekutua­n yang diketuai Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Rozman sentiasa menjaga dan membela nasib golongan muda di Labuan ini.

 ??  ?? ROZMAN (empat kiri), Bashir (enam kanan) dan Mohd Rafi (lima kanan) menghadiri Program Isi Minyak Percuma di Stesen Minyak Petronas Durian Tunjong, baru-baru ini.
ROZMAN (empat kiri), Bashir (enam kanan) dan Mohd Rafi (lima kanan) menghadiri Program Isi Minyak Percuma di Stesen Minyak Petronas Durian Tunjong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia