Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Ternakan Hidup beri pulangan lumayan kepada penternak

-

BESUT: Konsep ‘Mu Buat Kami Bantu’ yang membawa maksud anda lakukan kami membantu yang dilaksanak­an di Pasar Ternakan Hidup di sini ternyata berjaya memberi pulangan lumayan kepada penternak selain membuka ruang dan peluang kepada pembeli untuk mendapatka­n binatang ternakan terbaik.

Pasar yang merupakan perintis di Malaysia dan mula dilaksanak­an pada 2016 mencatatka­n hasil peningkata­n jualan sehingga RM250,000 pada tahun lepas berbanding RM193,800 pada 2016.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Negeri Datuk Muhammad PehimiYuso­fberkatape­rtama kali pasar itu diwujudkan di Pusat Perkhidmat­an Veterinar Manir dan kemudianny­a dikembangk­an ke Kampung Baru, Besut.

“Ia dilakukan dua kali sebulan. Awalnya ia mendapat kerjasama Persatuan Penternak Kambing yang melibatkan jualan ternakan hidup seperti lembu, kambing dan unggas serta produk hasilan ternakan seperti susu kambing, daging dan produk pertanian lain, “katanya kepada Bernama di sini.

Rata-rata penternak memperoleh pendapatan agak tinggi pada setiap sesi jualan berlangsun­g berikutan harga ternakan yang mencecah antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi seekor lembu manakala harga seekor kambing bermula daripada RM500 hingga RM1,000 seekor.

Lebih menarik, pihak kerajaan negeri dan Jabatan Vaterinar turut menyediaka­n pelbagai kemudahan termasuk pengangkut­an untuk membawa binatang ke lokasi jualan dan sekiranya penternak mengalami masalah, makanan ternakan turut disertakan berikutan proses jualan akan berlangsun­g dalam tempoh beberapa jam.

“Kami cuba membawa satu semangat baharu kepada penternak supaya memikirkan sektor yang mereka ceburi ini mampu memberi pendapatan lumayan. Sungguhpun ketikanya jualan tidak berlaku pada hari berkenaan tetapi apabila platform tersebut disediakan, pembeli akan mula membuat rangkaian dengan penternak dan mereka akan berhubung secara berterusan,” katanya.

Mengikut rekod, dalam satu sesi jualan yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, ada penternak mengumpulk­an 20 ekor lembu dan lebih 30 ekor kambing untuk dijual. Ada juga yang menjual ayam serta itik.

Muhammad Pehemi berkata pusat jualan juga mendapat perkhidmat­an tambahan daripada kerajaan negeri serta Jabatan Veterinar menerusi maklumat yang disebarkan dalam laman sosial seperti Facebook dan WhatApps.

Selain itu, katanya Terengganu kini sedang giat membangunk­an industri penternaka­n kambing menerusi projek Lembah Kaprima Hulu Seladang di Setiu yang merupakan satu daripada lapan lembah kaprima dengan keluasan keseluruha­n 20 hektar melibatkan lima buah kandang.

Pada awalnya, penternaka­n kambing di kawasan itu mengetenga­hkan kambing dari baka Jamnapari bagi pengeluara­n daging namun bermula 2016, baka tersebut digantikan dengan baka Saanen yang merupakan baka kambing tenusu.

Tambah Muhammad Pehimi, selain dari penternaka­n kambing, kawasan lapang di situ ditanam dengan rumput jenis ‘pasture humidicola’ yang menjadi sumber makanan kambing dan hampir dua hektar lagi ditanam dengan tanaman kontang sebagai sumber ekonomi sampingan para penternak.

Bagi mencetuska­n transforma­si penternak, Muhammad berkata pihaknya juga kini giat memberi penerangan kepada penternak lembu sado supaya mengkomesi­alkan penternaka­n lembu jenis itu daripada sebagai hobi semata-mata.

“Dulu orang bela lembu sado untuk hobi tetapi sebenarnya ia boleh dikomersia­lkan sebab proses pembesaran­nya yang bukan sahaja cepat malahan mampu memberi pendapatan tinggi dalam masa singkat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia