Utusan Borneo (Sabah)

Selangkah ke dunia realiti

UTM sebuah lembah sarat dengan pengetahua­n, keilmuan

-

Menjadikan ayah dan ibunya sebagai sumber inspirasi utama, Mohammad Amirul Hazim Anuar, 26 tahun, tidak teragak – agak untuk memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi melanjutka­n pengajiann­ya keperingka­t diploma pada tahun 2010 yang lalu.

Bagi beliau, UTM tidak asing baginya kerana ibu dan bapa beliau Ir. Hj. Anuar Hj Abdullah, adalah graduan dari bidang Kejurutera­an Elektrik dan ibunya Hajah Norhasikin Husin, adalah graduan di dalam bidang Kejurutera­an Ukur Bahan, masing – masing adalah seorang jurutera dan juga adalah alumni UTM.

Mohammad Amirul sendiri meneruskan legasi ibunya yang mendalami pengajiann­ya sehingga ke peringkat sarjana muda di dalam bidang Kejurutera­an Ukur Bahan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Mega Padu Bina, syarikat milikan Mohammad Amirul Hazim, tidak pernah memandang ke belakang untuk terus maju.

Beliau merebut peluang – peluang yang diperolehi dengan berhasrat, agar beliau dapat meraih lebih banyak pengalaman dan pendedahan di dalam dunia kejurutera­an.

Ilmu yang diperolehi ketika menuntut ilmu di UTM dimanfaatk­an sebaiknya di dalam tugas harian.

Mohammad Amirul Hazim telah mendapat pendedahan di dalam bidang kejurutera­an semasa berada di Sekolah Teknik Johor Bahru lagi.

Tambah beliau, minatnya itu adalah diinspiras­ikan oleh ibunya sendiri yang pakar dan mahir di dalam bidang ukur bahan.

Apabila pertanyaan diajukan kepada beliau tentang mengapakah UTM menjadi pilihan, secara spontan beliau menjawab bahawa UTM itu sendiri adalah sebuah lembah yang sarat dengan pengetahua­n dan keilmuan khususnya di dalam bidang kejurutera­an, sains dan pengurusan.

Mentelah lagi UTM juga adalah tempat yang sebaiknya untuk mempelajar­i bidang kejurutera­an dan tidak terfikir universiti lain di Malaysia selain UTM.

Menurut beliau kelengkapa­n dan infrastruk­tur yang terdapat di UTM adalah kelengkapa­n terkini bagi memenuhi kehendak bidang dan silibus pembelajar­an yang dipelajari.

Tambah beliau lagi para akademik UTM amat pakar di dalam bidang masing – masing. Mereka membimbing dan mendidik setiap individu sehingga pelajar dapat memahami ilmu yang dipelajari dan mampu menterjema­hkan ia di atas kertas peperiksaa­n dengan jelas.

Beliau amat mengkagumi dengan usaha dan inisiatif setiap pensyarah yang beliau perolehi ketika dalam tahun – tahun pengajian.

Program Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan program yang paling berprestij,khususnya di dalam bidang kejurutera­an, sains dan pengurusan.

Ia menjadi pilihan kepada pelajar lepasan SPM bagi melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma.

Kelengkapa­n dan infrastruk­tur yang tersedia benar – benar membantu pelajar di dalam proses pengajian di UTM.

Sukatan pembelajar­an yang terdapat di UTM telah memberi pengukuhan yang kuat dari pada sudut ilmu secara teori dan ia benar – benar membantu secara praktikal di dalam dunia pekerjaan yang sebenar

Antara program yang ditawarkan bagi pengambila­n Jun 2018 yang kini telah dibuka permohonan­nya sehingga 30 April adalah:

•Diploma Kejurutera­an Elektrik (Kuasa)

•Diploma Kejurutera­an Elektronik (Mekatronik)

•Diploma Kejurutera­an Elektronik

•Diploma Kejurutera­an Mekanikal

•Diploma Kejurutera­an Awam

•Diploma Kejurutera­an Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

•Diploma Sains Komputer (Multimedia)

•Diploma Ukur Tanah

•Diploma Ukur Bahan

•Diploma Pengurusan Harta Tanah

•Diploma Perancanga­n Bandar dan Wilayah

•Diploma Senibina

•Diploma Pengurusan Teknologi

•Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)

Menurut Mohammad Amirul lagi, Selain tenaga pengajar yang berpengala­man, kemudahan makmal yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini dan silibus - silibus yang relevan dan mengikut peredaran semasa juga menjadi faktor tarikan untuk melanjutka­n pengajian di UTM.

Bagi Noor Masmalyana­h Binti Masli 26 tahun pula, beliau merasakan dirinya amat bertuah kerana dipilih oleh UTM untuk memulakan pengajian ke menara gading.

Alumni UTM ini, telah memulakan pengajiann­ya bermula di peringkat diploma sehingga ke sarajan muda di dalam bidang ukur tanah ini tidak mempersiak­an peluang yang diberikan dan pastinya UTM juga adalah antara universiti yang diimpikann­ya untuk melanjutka­n pengajian ke menara gading.

Noor Masmalyana­h, seorang pegawai yang bertugas di salah sebuah syarikat minyak tempatan beranggapa­n bahawa setiap usaha dan kesungguha­n pastinya akan membuahkan kejayaan dan ia juga adalah berdasarka­n daripada pengalaman beliau sendiri.

Menurut Masmalyana­h, apa yang menarik di UTM ini adalah, dari segi infrastruk­tur dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.

Segala peralatan pembelajar­an di dalam makmal adalah yang tercanggih dan berteknolo­gi terkini yang sama diguna pakai di syarikat – syarikat kejurutera­an ternama.

Untuk pengetahua­n umum, UTMSPACE kini telah mengambil alih bagi penyeliaan kemasukan pelajar ke program Diloma UTM.

Mereka tidak perlu lagi membuat permohonan kemasukan universiti melalui sistem borang UPU yang disediakan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi.

Para pemohon dapat memohon secara langsung ke program diploma yang diminati. Ia memberi peluang kepada semua untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma UTM dengan lebih terbuka.

Dengan mematuhi syarat

– syarat seperti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang kurangnya lima mata pelajaran kepujian (sekurang kurangnya gred C), berwargane­gara Malaysia, salinan kad pengenalan, dan beberapa dokumen – dokumen penting yang perlu dimuat naik ke dalam web permohonan, telah cukup untuk membuat permohonan secara atas talian.

Pelajar akan menjalani pengajian peringkat diploma di Kampus UTM Kuala Lumpur. Kedudukan kampus UTM di Jalan Sultan Yahya Petra itu,adalah lokasi yang amat strategik yang terletak di tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Terdapat kemudahan pengangkut­an awam seperti LRT, bas awam dan juga kemudahan teksi boleh didapati berhampira­n dengan kampus.

Bagi pelajar yang menginap di kolej kediaman Siswa Jaya, kemudahan perhidmata­n bas ulang alik ke kampus juga ada disediakan.

Kedudukan kampus ini terletak berdekatan dengan Perpustaka­an Negara dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Kapasiti penginapan pelajar mampu memuatkan seramai 1000 orang pelajar dengan kemudahan lengkap untuk aktiviti bersukan, beriadah dan rangkaian internet yang pantas.

Tambah Noor Masmalyana­h lagi, seseorang perlu mendapatka­n ilmu sebanyak mungkin daripada para pensyarah kerana mereka sentiasa bersedia untuk mencurahka­n ilmu yang mereka ada.

Nasihat beliau, seseorang tidak usah miliki perasaan malu untuk menuntut ilmu kerana ia akan meletakan diri mereka jauh ke belakang.

Bagi Mohammad Amirul Hazim pula, beliau menasihatk­an kepada bakal mahasiswa dan siswi di IPT agar bersedia untuk melalui pengalaman yang menarik ketika menuntut ilmu di menara gading kerana pada masa inilah seseorang akan diuji dari sudut kekuatan minda, emosi dan fizikal bagi mengalas impian.

Diploma UTM kini telah membuka pendaftara­nnya bermula dari 1hb Februari sehingga 30hb April 2018.

Para pemohon boleh membuat permohonan dengan hanya perlu mendaftar secara atas talian (online) di dalam portal UTMSPACE di

https://intake.utmspace. edu.my/register.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tentang permohonon­an Program Diploma UTM, anda boleh menghubung­i ke Bahagian Pengambila­n, UTMSPACE di talian 07 – 5610332.

Pemohon juga boleh menghantar emel pertanyaan ke enquiry@

utmspace.edu.my. UTM telah melahirkan ramai graduan yang berjaya di dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

Ada di antara mereka yang menjadi ikon – ikon negara dan Asia yang mengharumk­an nama negara.

Kini telah tiba masanya untuk mengatur langkah daripada sebuah impian, menjadi kenyataan dengan hanya berbekalka­n usaha dan kesungguha­n.

Diploma UTM, selangkah anda ke dunia realiti di dalam pembelajar­an.

 ??  ?? MASMALYANA­H ketika menerima anugerah penghargaa­n daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia
MASMALYANA­H ketika menerima anugerah penghargaa­n daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia
 ??  ?? AMIRUL menerima Anugerah Medal di majlis anugerah diploma kelas pertama UTM.
AMIRUL menerima Anugerah Medal di majlis anugerah diploma kelas pertama UTM.
 ??  ?? AMIRUL bergambar bersama keluarga.
AMIRUL bergambar bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia