Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN ALPA, CUAI: KM

Pemuda BN Sabah lancar Briged Gempur hadapi PRU14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengingatk­an parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya jangan alpa dan cuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya, beliau mahu semua pihak bekerja keras dan turun secara berterusan bagi memastikan nasib rakyat sentiasa dibela.

“Nasihat saya, jangan alpa dan jangan ambil mudah cabaran yang kita hadapi. Jangan sambil lewa, tapi perlu kerja keras sehingga selepas pilihan raya,” katanya berucap melancarka­n Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Sabah peringkat negeri di sini pada Sabtu.

Majlis pelancaran dihadiri kira-kira 5,000 orang itu diadakan serentak dengan pelancaran Jentera Pilihanray­a BN peringkat Parlimen Sipitang.

Hadir sama Ketua Pemuda BN Pusat merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan Ketua Pemuda BN Sabah merangkap Ketua Pemuda Umno Negeri, Yamani Hafez Musa.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, PRU-14 merupakan pilihan raya paling mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, justeru jentera BN perlu dalam keadaan kukuh dan siapsiaga.

“Kita (BN) perlu menang supaya kita kekal berkuasa dan terus membela nasib rakyat. Kita mempunyai pemimpin dan dasar yang baik dan terbukti dengan rekod pencapaian selama ini,” katanya.

Beliau juga berkata landskap pembanguna­n Sabah jauh berubah di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berbanding keadaaan ketika zaman pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Sementara itu, Sapawi dalam ucapannya berkata jentera BN Sipitang dalam keadaan siapsiaga untuk digerakkan bagi menghadapi PRU14.

Katanya, pelancaran Briged Gempur pasti akan menyemarak­kan lagi semangat parti komponen menghadapi cabaran di gelanggang PRU14.

“Nampak jelas semangat Pemuda BN begitu tinggi untuk menghadapi cabaran,” katanya, sambil menegaskan kerajaan BN adalah yang terbukti berjaya dalam membawa kemajuan serta pembanguna­n negeri ini.

 ??  ?? MUSA bersama Khairy melancarka­n Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Sabah yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang sambil diperhatik­an oleh Sapawi.
MUSA bersama Khairy melancarka­n Briged Gempur Pergerakan Pemuda BN Sabah yang diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang sambil diperhatik­an oleh Sapawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia