Utusan Borneo (Sabah)

Warga AS sertai tunjuk perasaan besar-besaran

Demonstras­i ‘March For Our Lives’ protes terbesar bagi kawalan senapang dalam tempoh satu generasi

-

WASHINGTON: Marah dengan pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah tinggi di Florida, ratusan ribu warga Amerika menunjuk perasaan di bandar raya seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam dalam protes terbesar bagi kawalan senapang dalam tempoh satu generasi.

Demonstras­i ‘March For Our Lives’ yang dianjurkan oleh pelajar itu akan memaparkan rapat umum di seluruh negara, dengan acara utama yang berlangsun­g di Washington tidak jauh dari bangunan US Capitol.

“Budak-budak akan mengetuai pergerakan ini,” kata Senator Demokrat Chris Murphy dari Connecticu­t, di mana 20 kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun maut pada Disember 2012 di Sekolah Asas Sandy Hook.

Pelajar dari Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida – di mana 17 orang ditembak mati pada 14 Februari lepas oleh seorang bekas rakan sekelas berusia 19 tahun telah menjadi pemacu di sebalik perarakan itu.

Dengan rasa marah dan keghairaha­n, mereka tidak henti-henti mendesak penggubal undang-undang AS untuk melaksanak­an larangan ke atas serangan raifal dan mengembang­kan pemeriksaa­n latar belakang untuk merangkumi semua pembelian senapang, termasuk penjualan persendiri­an.

“Perarakan ini hanya permulaan sahaja,” kata Aalayah Eastmond, seorang pelajar berusia 17 tahun yang melindungi diri di bawah mayat seorang rakan sekelas sewaktu serangan di Stoneman Douglas.

“Columbine berlaku, tidak ada perubahan. Sandy Hook berlaku, tidak ada perubahan. Parkland berlaku, tidak ada perubahan,” kata Eastmond.

“Kami akan berjuang untuk ini sehingga perubahan berlaku,” katanya dalam satu acara bersama ahli-ahli Kongres AS.

Sejak serangan di Parkland, negeri Florida dan Kongres AS telah membuat perubahan kecil sahaja kepada undangunda­ng senapang dan cadangan Presiden Donald Trump untuk melengkapi guru dengan senjata telah menerima tentangan yang berleluasa.

Penganjur berkata lebih 800 perarakan sedang diadakan di seluruh negara dan di seluruh dunia di bawah cogan kata #NeverAgain, dan acara di Washington sahaja dijangka menarik sekurang-kurangnya 500,000 orang.

Protes itu dijangka yang terbesar bagi kawalan senapang di AS, yang mempunyai lebih 30,000 kematian berkaitan senapang setahun sejak perarakan ‘Million Mom March’ pada Mei 2000.

Rayuan bagi peraturan senapang yang lebih ketat telah mendapat sokongan daripada penggubal undang-undang Demokrat, dan beberapa selebriti Amerika sudah menjanjika­n derma sebanyak AS$500,000 untuk menyokong protes itu. Mereka termasuk pelakon George Clooney dan isterinya Amal, seorang peguam hak asasi manusia; aktres dan taikun media Oprah Winfrey serta pengarah Steven Spielberg dan isterinya, aktres Kate Capshaw.

Membuat persembaha­n di rapat umum di Washington adalah Lin-Manuel Miranda, Ben Platt, Ariana Grande, Jennifer Hudson, Miley Cyrus, Demi Lovato, Common, Andra Day dan Vic Mensa.

Peserta turut menarik sokongan bekas presiden Barack Obama, yang cuba tetapi tidak dapat meminda undang-undang senapang selepas pembunuhan di Sandy Hook.

Obama dan isterinya Michelle mengeluark­an sepucuk surat kepada ‘Students of Parkland’ untuk memuji “kecekalan, keazaman dan solidariti” mereka dan berkata mereka telah membantu “menyedarka­n hati nurani negara”.

Bekas presiden Bill Clinton berkata Amerika “terhutang budi kepada pelajar Stoneman Douglas dan rakan mereka di seluruh negara yang telah menyertai perjuangan mereka”.

Murphy,senator Connecticu­t, memberitah­u AFP pergerakan yang diketuai pelajar itu perlu menjadi “kuasa rakyat, dan perarakan ini mungkin permulaann­ya”.

Menyedari kuasa politik mereka yang semakin meningkat, penganjur ‘March For Our Lives’ menyediaka­n pautan dalam laman sesawang mereka di mana penyokong dapat mendaftar diri sebagai pengundi.

Mereka juga menyeru kepada penyokong untuk menolak penggubal undang-undang yang menerima wang daripada Persatuan Raifal Kebangsaan, lobi senapang berpengaru­h di AS yang mempertaha­nkan dengan lantang “hak membawa senjata” dalam Pindaan Kedua.

“Sama ada anda berdiri bersama budak-budak ini atau anda berdiri bersama NRA,” kata David Hogg, seorang pelajar Stoneman Douglas.

Robert Kraft, pemilik pasukan New England Patriots, menghantar pesawat pasukan bola sepak Amerika itu ke Parkland untuk menerbangk­an keluarga 17 orang yang maut di Stoneman Douglas ke Washington bersama pelajar yang cedera. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ORANG awam menyertai tunjuk perasaan di Gereja Antarabang­sa Washington bersempena dengan Demonstras­i ‘March For Our Lives’, di Washington kelmarin.
— Gambar AFP ORANG awam menyertai tunjuk perasaan di Gereja Antarabang­sa Washington bersempena dengan Demonstras­i ‘March For Our Lives’, di Washington kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia