Utusan Borneo (Sabah)

Bayuk dan daman

Sastera tradisi Iranun dan Suluk

- (Artikel sumbangan Nelson Dino)

BAYUK adalah sejenis puisi masyarakat Iranun yang sudah berkembang sejak dulu-dulu. Ia adalah puisi lirikal yang dinyanyika­n dengan suara yang merdu dan memukau. Kata OKK Haji Masrin Haji Hassin, dalam pertemuan kami di kediaman beliau di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud baru-baru ini.

Pertemuan kami sebelum itu disambut dengan tulisan-tulisan bayuk di sebuah dinding putih. Satusatuny­a yang terdapat di Sabah. Aku mendahului Prof. Lahir Batin dan Dr. Mizpal Ali melihat bayukbayuk itu.

Satu persatu aku membacanya. Rupanya bayuk ini mirip dengan daman orang Suluk. Kata Prof. Lahir Batin kepadaku. Keindahan bayuk orang Iranun sebagai simbol sosial terletak pada konsep kecemerlan­gan artistik, kejiwaan humanistik dan berunsur maritim. Dengan menggunaka­n bahasa berkias atau kiasan, bayuk terbahagi kepada beberapa jenis seperti, bayuk a usiat

(bayuk nasihat), bayuk a daung (bayuk kiasan), bayuk

a sindir (bayuk sindiran), bayuk a uragis (bayuk rajuk) dan bayuk a panukauan

(bayuk pegimbas berita). Tambah Abang Naddin, seorang pengkaji Iranun dan juga jurnalis yang sedang menangkap gambar bayuk di sisiku.

Membaca bait-bait bayuk yang berunsur maritim di dinding ini, bagiku ia adalah hakikat dan bukti sifat keramahan dan muhibah orang Iranun. Hakikat ini juga menjadi bukti orang Iranun menjuarai kemahiran belayar dan sebagai kelasi yang unggul sehingga mendapat jolokan dari penulis barat sebagai, “amphibian warriors”, yang pada zaman dahulu mereka sama-sama belayar dengan orang Suluk, Bajau dan Bugis.

Walaupun mereka banyak menentang para penjajah asing yang ingin menguasai “lebuh raya” mereka di lautan lepas sebagai pangayau atau penakluk laut. Penentanga­n ini menjadi mimpi buruk kepada para penjajah yang belayar di laut China Selatan, Sulu, Sulawesi dan Asia Tenggara.

Ketika aku membaca ayat, “tumulak den su garai” yang bererti “berangkatl­ah kolek” dalam sebuah bayuk di dinding itu, aku teringatka­n cerita datukku tentang pangayau terdahulu. Mereka, katanya semasa dalam pelayaran pun, tetap akan menyanyika­n lagu atau mengungkap­kan bait-bait seperti ini.

Mereka berbuat demikian untuk meluahkan perasaan rindu terhadap keluarga yang tertinggal di kampung halaman kerana pelayaran mereka akan memakan masa berbulan-bulan dan waktu mereka untuk kembali pulang belum dapat dipastikan, adakah mereka masih hidup atau akan mati.

Sebelum kami melangkah masuk ke dalam rumah OKK Haji Masrin, aku bertanya tentang daman orang Suluk yang disebut oleh Prof. Lahir Batin. Katanya, daman dilafaskan dengan empat baris, quadrilia atau quatrain. Daman sekurang-kurangnya ada empat jenis; daman

patumtum (peringatan), daman pamaya’-maya’ (memikat gadis), daman sindil (sindiran), dan daman

salasilah (keturunan). Daman adalah “poetic tradition” orang Suluk yang mempunyai sekurangku­rangnya dua makna. Pertama, makna secara harfiah, dan kedua, makna yang dimuatkan dengan estetika simbolisme dalam sebuah pelayaran dan niat menemui seorang gadis idaman, seperti apa yang terkandung di daman:

bang laud kauntasan limiyu pa subangan kalu hipagbak sin lidjiki’ masahud sin suratan.

tika laut direntasi menyeberan­g ke timur mungkin ditemui rezeki tersapa akan suratan.

Kami meneruskan perbincang­an tentang tradisi kesusaster­aan ini. Selain daman, orang Suluk juga memiliki tarasul, yang bermaksud surat-menyurat, sekeping tulisan tangan, ucapan atau sebutan lisan yang mengandung­i katakata metafora dan ungkapan yang sukar dan senang difahami. Dalam wajah kesusaster­aan ia juga secara ringkas dikenali sebagai “surat cinta”, cinta bukan tertumpu kepada seseorang tetapi kepada alam dan kemanusian.

Orang Suluk juga memiliki teka-teki yang dikenali sebagai

tukud-tukud atau tigumtigum, dan malikata atau penyongsan­gan kata. Teka-teki berupa pantun boleh didapati sebagai isi kandungan permainan atau taruhan uwahuy atau

wahuy. Tradisi sastera ini tidak diiringan dengan muzik dan berfungsi sebagai perangsang intelektua­l atau sebagai alat untuk menghargai keupayaan seseorang yang gemar dengan sastera seperti ini.

Aku berpandang­an, jika diteliti gambaran tentang bayuk dan daman, keduadua kaum ini, mereka mempunyai tradisi puitis yang melambangk­an ketamaduna­n tersendiri. Tradisi puitis yang ada hubungkait­nya dengan pelayaran, lautan dan kemesraan dengan kaum-kaum lain di alam Nusantara. Bagiku, tradisi puitis inilah yang berperanan penting dalam pembentuka­n dan pengembang­an budaya kesusaster­aan dan pemikiran yang kritis oleh kedua-dua kaum ini.

Mengikut jawapan Abang Naddin dan Prof. Lahir Batin, seorang pababayuk

(mahir bayuk) atau

magdaraman (mahir daman) sering menggunaka­n bahasa halus untuk membayangk­an keadaan masyarakat, dan ia mempengaru­hi sejarah kesusaster­aan yang akan melambangk­an zaman; masa kini, masa lalu dan masa hadapan.

Aku melihat, tradisi ini telah menjadi garis pencapaian leluhur kedua-dua kaum ini. Dan mereka telah menyerahka­n kepada generasi untuk diteruskan ditulis dalam karya mereka yang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Oleh sebab ini, aku berpendapa­t bahawa daripada bayuk dan daman ini juga generasi keduadua kaum ini menyedari akan kewujudan tamadun bangsa mereka yang perlu dikekalkan hidup. Tanpa mempelajar­inya, perlahanla­han ia akan mati ditelan zaman kemodenan dalam penciptaan karya puitis mereka. Untuk memulakan pengabadia­n bayuk leluhur, aku tinggalkan bayuk yang abang Naddin beri ini untuk kita menjiwai maknanya yang tersirat dan yang tersurat mengikut terjemahan saudara Mabulmaddi­n:

Papanuk ka kun saken a nuri; Dapai sumberku da ka sampiruti

Engkau mengatakan aku adalah nurimu; sayangnya engkau gagal mengikat sayapku.

Membaca bait-bait bayuk yang berunsur maritim di dinding ini, bagiku ia adalah hakikat dan bukti sifat keramahan dan muhibah orang Iranun. Hakikat ini juga menjadi bukti orang Iranun menjuarai kemahiran belayar dan sebagai kelasi yang unggul sehingga mendapat jolokan dari penulis barat sebagai, “amphibian warriors”, yang pada zaman dahulu mereka sama-sama belayar dengan orang Suluk, Bajau dan Bugis.

 ??  ?? NELSON DINO RANGKAP-RANGKAP puisi bayuk yang menjadi kebanggaan Iranun. PENULIS (kanan) ketika berkunjung melihat pameran puisi bayuk.
NELSON DINO RANGKAP-RANGKAP puisi bayuk yang menjadi kebanggaan Iranun. PENULIS (kanan) ketika berkunjung melihat pameran puisi bayuk.
 ??  ?? PROF Lahir Batin, penulis, Dr Mizpal dan Dayang Jihada Abd Basil merakam gambar kenangan.
PROF Lahir Batin, penulis, Dr Mizpal dan Dayang Jihada Abd Basil merakam gambar kenangan.
 ??  ?? OKK Haji Masrin memperliha­tkan salah satu khazanah budaya Iranun.
OKK Haji Masrin memperliha­tkan salah satu khazanah budaya Iranun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia