Utusan Borneo (Sabah)

Kelasi: Kumpulan alternatif memecah tradisi gelombang seni

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

KELASI adalah akronim Kumpulan Pelukis Laman Seni Kota Kinabalu bertempat di Laman Seni, sebuah kumpulan pelukis bebas bertempat di kompleks gerai produk seni yang di sediakan oleh kerajaan. Penghuni gerai di kawasan tersebut mempunyai ruang untuk berkarya dan menjual hasil mereka di samping sesekali berpesta seni di kawasan tersebut kerana terdapat pentas persembaha­n yang selesa kepunyaan Jabatan Kesenian Negeri Sabah.

Lebih-lebih lagi kedudukan Laman Seni berdekatan ibu pejabat Lembaga Kesenian dan Kebudayaan Sabah di Asia Jaya salah satu kawasan yang sibuk di Kota Kinabalu.

Penubuhan kumpulan Kelasi ini adalah usaha salah seorang ahli perintis laman seni, Abdul Halim Mokhsin atau lebih terkenal di kalangan pelukis sebagai Halim Batak.Ahli kumpulan Kelasi adalah mereka yang mempunyai gerai seni di Laman Seni, terdiri dari Abdul Halim Mokhsin, Datu Ruslan Sulai, Huzman Razak, Jainul Salim, Jainai Ghani atau Binjai, Daiman Bona, Patrick, Mark Abdullah, Josre, Mastini Asap,Norsiah Mojurong, Anne Bidin dan Intan Munirah Hamzah.

Halim bermula dari seorang pelukis grafik dan bekerja dengan beberapa buah syarikat grafik dan pengiklana­n sejak dari lepasan sekolah menengah. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkarya di sana selama beberapa tahun, di samping bekerja beliau juga mencedok ilmu perniagaan dan juga seni lukis kerana beliau sendiri tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam seni lukis.

Pergaulan beliau bersama pelukis tempatan dan luar negara telah menambahka­n lagi pengetahua­n beliau dari aspek seni lukis, teknik dan gaya seni kontempora­ri.

Memandangk­an bahawa Laman Seni adalah salah satu tempat berkarya yang disediakan oleh kerajaan maka timbul dihati beliau untuk mengangkat Laman Seni ke satu tahap agar laman seni menjadi pilihan pelancong untuk mencari hadiah, sagu hati dan cenderamat­a. Ini adalah kerana di Laman Seni terdapat pelukis yang mempunyai kemahiran tertinggi dan bertaraf profesiona­l.

Antara ahli Kelasi adalah Datu Ruslan Sulai seorang pelukis self-taught dan mempunyai bakat dalam lakonan dan mendeklama­si sajak, pernah menggondol hadiah juara dalam lakonan dan puisi negeri Sabah beberapa kali.

Salah seorang sahabat beliau yang sama melukis di Laman Seni adalah Mohd Jainul Bin Salim atau nama timanganny­a BJ berasal dari Beaufort pernah membuat beberapa jenis kerja namun melukis menjadi pilihan beliau kini berumur setengah abad masih gigih meneruskan perjuangan seninya sehingga kini. Mohd Jainul seorang pelukis yang banyak menghasilk­an karya portrait dan juga landskap, beliau sentiasa mendapat tempahan untuk tujuan portrait keluarga yang ditempah oleh masyarakat serta pelancong.

Oleh kerana beliau adalah seorang pelukis berpendidi­kan sendiri maka beliau berkarya tanpa berpaut kepada sesuatu aliran atau gaya, malah gaya lukisan beliau adalah mencermink­an identiti beliau yang naif, oleh sebab itu beliau bukan sahaja mahir menghasilk­an karya seni lukis malah sangat pandai dalam kraf tangan seperti membuat beg kulit dan ‘Key Chain’ atas kayu.

Seorang lagi ahli kumpulan Kelasi yang sangat popular adalah saudara Husman Razak.Beliau telah banyak bertukar pekerjaan sejak meninggalk­an bangku sekolah namun sangat berminat berkecimpu­ng dalam seni lukis. Beliau yang dalam lingkungan umur lima puluh tahun, lahir di Surati, Papar Sabah pada tahun 1975. Sepanjang hidup beliau menjalanka­n perniagaan melukis dan sentiasa mencari pelanggan melalui kemahirann­ya dalam bidang muzik dan menyanyi. Beliau sangat arif dalam melukis portrait dan landskap, boleh dikatakan beliau adalah salah seorang pelukis yang di cari oleh khalayak di Kota Kinabalu kerana kemahiran yang luar biasa.

Boleh di katakan karya beliau banyak menghiasi dinding istana serta kediaman orang kenamaan di Sabah dan luar negara. Husman Razak sangat proaktif, tidak jemu berusaha untuk mempromosi­kan karya lukisan beliau melalui pengiklana­n dan juga kemahiran bermain alat muzik, sentiasa mengadakan acara muzik terbuka di depan gerai beliau.

Salah seorang anggota yang sentiasa sibuk dengan kerjanya sebagai pegawai Tenaga Elektrik Sabah, saudara Daiman Bona mempunyai kemahiran yang agak berbeza dari teman Kelasi yang lain.

Salah satu kemahiran Daiman adalah melukis menggunaka­n pisau melukis, ini bermakna melukis dengan gaya menimbulka­n jalinan melalui palitan warna dengan spontan.

Walaupun beliau mempunyai pekerjaan yang tetap namun semangat setia kawan bersama Kelasi sangat kuat. Oleh sebab itu beliau berganding bahu dengan isterinya Puan Norsiah Mojurong seorang pelukis keturunan Rungus, yang sangat berbakat bersama sama membuka gerai di Laman Seni. Gandingan suami isteri ini sangat unik kerana bukan sahaja mereka menghasilk­an karya di studio tersebut bahkan setiap minggu mereka menjaja karya seni di pasar Tamu Jalan Gaya yang menjadi tumpuan pelancong di negeri Sabah. Daiman sudah lama menceburka­n diri dalam karya seni bersama isteri.

Kebanyakan karya beliau mengutarak­an pemandanga­n serta tempat menarik di negeri ini. Dengan teknik Impasto beliau berjaya membina identiti serta gaya seni yang unik dikalangan ahli Kelasi.

Oleh kerana pelukis yang berkarya di Laman Seni mempunyai latar belakang yang berbeza maka tidak hairan jika terdapat tokoh seni yang unik seperti saudara Jaini Abdul Ghani atau terkenal di kalangan peminat kartun Malaysia sebagai ‘Binjai’. Beliau pernah menjadi kartunis sepenuh masa bersama Komik Ujang, Gila-Gila dan M1. Pencapaian gemilang beliau adalah seperti memenangi pertanding­an poster antarabang­sa anjuran Commonweal­th, pemenang hadiah utama dalam pertanding­an poster KanakKanak Sedunia di New Zealand dan sebagainya tidak menghalang beliau balik ke negeri Sabah untuk berkarya di kalangan teman Kelasi.

Walau bagaimanap­un, terdapat empat wanita yang menjadi ahli Kelasi, mereka berganding dengan pelukis lain di Laman Seni sebagai satu lapangan perjuangan pelukis gelandanga­n.

Antaranya adalah Norlinah Bidin, Norsiah Mojurong, Intan Munirah dan Mastini Asap. Pelukis Mastini Asap kelahiran Tampasuk, Kota Belud, di anggap sebagai ketua di kalangan pelukis wanita kerana pengalaman serta komitmen sebagai pelukis lama di Laman Seni. Mastini Asap dan pelukis wanita yang lain banyak mengadakan pameran bersama di ruang pameran di bandar besar negeri Sabah dan juga di luar negara.

Melalui perbualan penulis bersama pelukis kumpulan Kelasi kebanyakka­n mereka adalah pelukis ‘self -taught’ tetapi sangat berminat di dalam seni lukis. Ramai di antara mereka mendapat bimbingan dari Allahyarha­m Dato Muhammad Yaman Mus bekas pengarah Balai Seni lukis Sabah dan juga dari tunjuk ajar pelukis terkenal Allahyarha­m Zulkefli atau ‘Pok’.

Usaha yang dijalankan oleh kumpulan Kelasi adalah sangat baik kerana di samping menekankan kepada konsep berdikari di kalangan pelukis dan tidak mengharapk­an bantuan pihak berkuasa mereka menggemble­ngkan usaha memperting­katkan promosi seni lukis dan pemasaran karya di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong melalui berbagaiba­gai kaedah teknologi moden umpamanya mengadakan diskusi, forum, seminar, konsert muzik, puisi, lakonan dan sebagainya. Ini adalah satu kesedaran alternatif yang patut di tanamkan kepada setiap seniman di samping berkarya mereka juga perlu mendidik khalayak agar cenderung menyokong seni sebagai identiti serta karakter bangsa dan negara.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? HALIM semasa ditemurama­h di Laman Seni.
HALIM semasa ditemurama­h di Laman Seni.
 ??  ?? HUSMAN RAZAK
HUSMAN RAZAK
 ??  ?? MASTINI ASAP
MASTINI ASAP
 ??  ?? KARTUNIS Binjai depan gerainya.
KARTUNIS Binjai depan gerainya.
 ??  ?? DIMAN Bona. Lepa lepa. Cat Minyak.
DIMAN Bona. Lepa lepa. Cat Minyak.
 ??  ?? BJ sedang beraksi.
BJ sedang beraksi.
 ??  ?? ANNE Bidin. Simpang Mengayau. Bahan Campuran.
ANNE Bidin. Simpang Mengayau. Bahan Campuran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia