Utusan Borneo (Sabah)

Joe Vian tampil dengan ‘Kota Setia’

-

SETELAH bertahunta­hun bercita-cita menjadi artis rakaman, sambil berusaha mengasah bakat secara berterusan dengan latihan dan memerhati perkembang­an muzik di tanahair, Joviannese Joanese, telah mengambil langkah berani dan tampil dengan album single pertamanya.

Berasal dari Kampung Bintangor, Tuaran dan berketurun­an Lotud dan Kadazan, Joe Vian (nama yang dipilihnya sebagai artis), berharap dapat bertapak sebagai penyanyi Malaysia yang popular, bermula dengan album single pop rock sulungnya, ‘Kota Setia’.

“Saya telah lama meminati bidang nyanyian,” katanya. “Saya pertama kali mendaftar dalam kursus latihan vokal ketika saya masih remaja, diikuti dengan terus melatih mencabar diri dengan prestasi vokal, antaranya dengan mencontohi persembaha­n vokal yang paling mencabar oleh beberapa penyanyi Malaysia.

Kini pada usianya di awal 30-an, Joe Vian merasa bersyukur dapat mencapai langkah pertama dalam pembikinan album. “Berusaha menjadi penyanyi dengan begitu banyak kekangan tidaklah mudah bagi saya. Sebagai anak tertua di antara dua adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal kami, saya perlu bekerja untuk mencari rezeki dan hanya berjaya mengembang­kan bakat saya secara separuh masa,” kata Joe Vian. “Saya tidak pun mempunyai masa yang mencukupi untuk menyertai pertanding­an nyanyian kerana komitmen bekerja di Pasir Gudang, Johor.”

Namun akhirnya dia dapat memperoleh keyakinan yang cukup untuk menghantar sampel lagu demo kepada DMStudio sebagai untuk dibuat penilaian. Studio itu mendapati suaranya mempunyai kualiti untuk direkodkan, dengan ini telah membawa kepada kerja untuk membuat rakaman.

“Tetapi pengeluara­n album ini mengambil masa yang panjang, iaitu dua tahun. Antara sebabnya ialah saya terlalu cerewet dengan kualiti vokal saya dan iringan audio,” katanya. “Sebab itu saya sangat berterima kasih kepada dua produser saya, DMSTUDIO dan TUNi Microstudi­o, kerana begitu memahami dan bersabar dengan saya.

Joe Vian yang mempunyai vokal yang nyaring, sangat meminati genre pop rock dan pop moden, serta melihat Steven Tyler dan Zamani Slam sebagai idolanya.

“Penyanyi-penyanyi ini dan genre lagu yang saya minati banyak mempengaru­hi komposisi dan prestasi saya dengan Kota Setia,” katanya. “Dan saya percaya albumalbum saya di masa depan kebanyakan­nya akan berada dalam kategori yang sama.

“Saya telah menghantar lagu ‘Kota Setia’ ke beberapa stesen radio FM dan radio internet seperti Kupi-Kupi FM, Era FM, Pendorakit FM, Rungus FM, Siuk FM, dan KK FM. Kini saya juga dalam proses menghantar­nya untuk penilaian ke Rakam Khanah RTM,” ujarnya. “Kota Setia kini juga boleh didapati di beberapa aplikasi MP3 berbayar, dan secara percuma di Spotify, iTunes, Amazon dan YouTube.

Di samping itu, saya kini sibuk mengeluark­an ‘Kota Setia’ dalam format video dan MTV karaoke. Setelah siap sepenuhnya, ia akan diedarkan kepada pelbagai pusat karaoke berdaftar di seluruh Malaysia.:

Joe Vian berharap lagu itu akan memenuhi citarasa penggemar muzik rock di Sabah dan diharapkan juga di seluruh Malaysia.

“Saya sangat berterima kasih atas sokongan para pendengar tempatan di Sabah, terutamany­a di daerah kelahiran saya, Tuaran,” katanya. “Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang paling tulus kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada penyempurn­aan kerja keras selama dua tahun ini.

“Saya juga berhutang budi terutama kepada pencipta lagu, Son Hafiez el-Kaziem dan Brader Joe Rocasia, MRDD DMStudio sebagai pengatur, Herris Yutui sebagai penyusun semula, Omma Akira sebagai gitaris, dan Harris Herris Yutui sebagai penyanyi latar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia