Utusan Borneo (Sabah)

INDEKS JENAYAH TURUN

Selesaikan 6.3 peratus untuk setiap 10 kes

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Indeks jenayah Sabah tahun ini menurun sebanyak 12.19 peratus dengan pencapaian menyelesai­kan kes setinggi 63 peratus secara keseluruha­n.

Timbalan Pesurujaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata, untuk setiap 10 kes yang berlaku, pasukan Polis Kontinjen Sabah berjaya menyelesai­kan sebanyak 6.3 peratus.

“Selain itu, sumbangan kadar jenayah Sabah kepada jumlah keseluruha­n dalam negara ini hanya 5.98 peratus yang meletakkan negeri ini di tangga ke-6 sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 2018, di sini pada Ahad.

Beliau turut menjelaska­n pasukan polis Bukit Aman khususnya unit Counter Terrorism akan terus membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti keganasan.

Katanya, ia berikutan penangkapa­n tujuh individu pengganas pada 15 Mac lalu yang mana salah seorang ditangkap di sini.

“Tangkapan ini akan terus diambil-alih oleh Bukit Aman untuk tindakan serta siasatan selanjutny­a,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin berkata Pasukan Polis Diraja Malayisa (PDRM) Sabah telah bersiap siaga untuk memantau keselamata­n menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, semua kawasan dikawal rapi tanpa sebarang kekurangan anggota keselamata­n bagi memastikan segala persiapan ke arah PRU14 berjalan lancar.

 ??  ?? RAZARUDIN (dua kiri) ketika memeriksa kawalan kehormatan.
RAZARUDIN (dua kiri) ketika memeriksa kawalan kehormatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia