Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan PDRM ‘pak turut’ kerajaan tuduhan tak berasas

- - Bernama

KUALA LUMPUR: Dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ‘pak turut’ kepada kerajaan dan ‘makan gaji buta’ merupakan tuduhan tidak berasas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil melahirkan rasa kesal, Perdana Menteri berkata tuduhan itu dibuat bertujuan untuk melahirkan persepsi serong masyarakat terhadap pasukan keselamata­n tertua negara itu.

“Terbaru pula ada bekas pemimpin yang sudah berumur 93 tahun telah mendakwa polis kononnya yang bertanggun­gjawab dan bersalah kerana mendorong beliau memecat timbalan perdana menteri pada 1998, “katanya.

Najib berkata dakwaan itu bagaimanap­un telah dijawab bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Rahim Mohamed Noor sebagai KPN ketika itu yang memaklumka­n polis tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk memecat sesiapa pun.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, pada Ahad.

Dalam ucapannya, Najib turut menyelar hasrat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahu memecat kesemua pegawai tinggi dalam kerajaan hari ini sekiranya pakatan pembangkan­g memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Berlainan dengan pihak kerajaan, kita sebaliknya sentiasa menghargai sumbangan anggota PDRM.

“Dan saya ingin katakan bahawa kepentinga­n dan kebajikan PDRM akan terus diperjuang­kan kerajaan sedia ada,” katanya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia