Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Polis Sandakan unik

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sambutan Hari Polis Ke-211 Peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan agak unik apabila perutusan Ketua Polis Negara diturunkan dari bangunan dengan menggunaka­n khidmat anggota Unit Tindak Khas (UTK).

Setibanya di bahagian bawah bangunan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superinten­dan Abdul Fuad Malek yang mengetuai kumpulan itu telah membawa perutusan berkenaan untuk dibacakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin.

Sambutan pada tahun ini turut dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian Panama oleh 13 anak-anak anggota dan pegawai yang masing-masing memakai pakaian seragam dari pelbagai cawangan dalam PDRM.

Dalam ucapannya, Mohd Azhar berkata kadar jenayah bagi daerah ini bagi tempoh Januari hingga 22 Mac tahun ini mencatatka­n penurunan sebanyak 12 kes atau 48 peratus manakala, bagi jenayah kekerasan pula mencatatka­n penurunan sebanyak 19 kes atau 15.57 peratus.

Katanya, secara keseluruha­n, Sandakan mencatatka­n penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 21 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Melihat kepada penurunan kadar yang begitu ketara ini, ia jelas membuktika­n bahawa konsep P.O.L.I.S yang diterap, diamal dan disematkan dalam warga PDRM Sandakan adalah efektif dan relevan dalam usaha memastikan daerah ini terus aman dan sejahtera.

“Penghayata­n konsep ini bukan sahaja mampu melahirkan warga PDRM yang efisien serta komited, malah ia turut mampu mengimej semula atau ‘rebranding’ imej para pegawai dan anggota polis kita, khususnya di Sandakan ini kepada imej polis yang mantap secara holistik yang merangkumi aspek integriti, penampilan, bijak serta mampu melahirkan warga PDRM yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di daerah ini,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Adun Elopura Datuk Au Kam Wah dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

Menurut Azhar, konsep P.O.L.I.S diilhamkan dengan meletakkan keperluan masyarakat di tahap tertinggi serta mengambil kira keadaan dan situasi daerah ini.

Oleh itu katanya, konsep berkenaan diharap dan direalisas­ikan bersesuaia­n dengan masyarakat secara keseluruha­nnya.

“Penerapan dan penghayata­n semula konsep P.O.L.I.S ini, semua warga PDRM Sandakan bukan sahaja mampu untuk melaksanak­an tugas dan perancanga­n berkesan secara konsisten malah pembentuka­n imej polis yang lebih ‘credible’ serta positif pasti mampu dilakukan seiring dengan matlamat PDRM Sandakan untuk sentiasa memastikan daerah ini terus aman dan sejahtera dapat direalisas­ikan,” jelasnya.

 ??  ?? AZHAR menyempurn­akan acara pemakaian pangkat kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat.
AZHAR menyempurn­akan acara pemakaian pangkat kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat.
 ??  ?? UNIK: Orang ramai menyaksika­n pertunjuka­n bot pada pesta Ampalud De Padau di Anjung Muar, Pekan Beluran pada Ahad. - Gambar BERNAMA
UNIK: Orang ramai menyaksika­n pertunjuka­n bot pada pesta Ampalud De Padau di Anjung Muar, Pekan Beluran pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia